Perancis Tetapkan Umur Bersara 64 Tahun, Tiada Rundingan Lagi Kata Perdana Menteri

perancis umur bersara 64 tahun

Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne dilaporkan menolak sebarang rundingan berkaitan had umur persaraan pada 64 tahun dengan mana-mana pihak, lapor Thai PBS World.

Malah, kerajaan juga tidak akan melayan sebarang protes dan mogok yang dilakukan oleh gerakan kesatuan pekerja untuk menentang reformasi berkenaan.

Menurutnya, peningkatan umur persaraan minimum kepada 64 tahun daripada 62 tahun adalah sebahagian daripada pakej pembaharuan utama yang didorong oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Ia adalah untuk memastikan pembiayaan masa depan yang lebih stabil dalam sistem pencen Perancis.

Selepas bantahan kesatuan terhadap perubahan dilakukan, lebih sejuta orang turun padang menyertai protes itu pada 19 Januari hingga memaksa kerajaan mengambil beberapa langkah baharu.

Kerajaan mula meletakkan tawaran istimewa untuk mereka yang mula bekerja pada usia muda dan peruntukan untuk ibu yang mempunyai kerjaya tidak seimbang kerana menjaga anak-anak mereka serta untuk mereka yang melabur dalam pendidikan lanjutan.

Walau bagaimanapun, Borne berkata kepada penyiar FranceInfor, tajuk had umur 64 tahun itu tidak boleh dirundingkan.

Dalam pada itu, kesatuan pekerja turut mengalu-alukan kesediaan kerajaan untuk berunding mengenai topik itu namun difahamkan, cadangan had umur 64 tahun itu akan tetap diteruskan.

Kesatuan pekerja dan kerajaan melihat protes yang akan dilakukan sebagai ujian besar yang bakal mereka hadapi.

Sementara itu, kerajaan juga mempunyai pilihan untuk memaksa rang undang-undang itu dilaksanakan tanpa melalui proses undian di bawah kuasa perlembagaan khas, tetapi berisiko kerana boleh mencetuskan undi tidak percaya yang mendorong kepada pilihan raya umum.

Menyebut pembaharuan itu sebagai tidak adil, lapan kesatuan utama Perancis berkata mereka berharap untuk menggerakkan protes yang lebih besar pada Selasa berbanding perhimpunan lalu.

Selain perarakan protes, kesatuan pekerja telah menggesa tindakan mogok dilakukan secara meluas pada Selasa dan menjangkakan kereta api serta pengangkutan awam akan terjejas teruk.

Protes tersebut juga dijangkakan akan menjejaskan sekolah dan pentadbiran dengan beberapa pihak berkuasa tempatan telah mengumumkan penutupan ruang awam seperti stadium sukan.

Sumber: AFP via Thai PBS World

The post Perancis Tetapkan Umur Bersara 64 Tahun, Tiada Rundingan Lagi Kata Perdana Menteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*