“Pergi Ke Luar Negara,” Ini Jalan Cerita Yang Dibayangkan Zizan & Shaheizy Sam Jika Ada Polis Evo 4

Sam Zizan Polis Evo

“Pergi Ke Luar Negara,” Ini Jalan Cerita Yang Dibayangkan Zizan & Shaheizy Sam Jika Ada Polis Evo 4

Filem arahan Syafiq Yusof, Polis Evo 3 yang baru sahaja ditayangkan di pawagam baru-baru ini nyata berada di kelas tersendiri apabila berjaya mengumpul kutipan jualan bernilai RM16 juta hanya dalam tempoh empat hari.

Kutipan tersebut berjaya memecahkan rekod kutipan minggu pembukaan filem Mat Kilau. Susulan itu, muncul ura-ura daripada warganet mengenai status kesinambungan filem tersebut.

Baru-baru ini dalam siaran langsung (live) di aplikasi TikTok, bintang filem tersebut, Shaheizy Sam dan Zizan Razak secara berseloroh sempat berkongsikan pandangan mereka sekiranya nanti ada sambungan Polis Evo 3 bersama Penerbit dan Pengedar Filem Tempatan, Astro Shaw.

Nak Macam Mana Untuk Polis Evo 4?

Sewaktu ditanya mengenai jalan penceritaan filem itu, Sam menyatakan ia berkisarkan tentang perjalanan mereka ke luar negara.

“Saya dapat bayangkanlah.. dia macam mana tau yang kononnya kita semua ni dah berkahwin. Lepastu kita macam nak pergi honeymoon bersama-sama dekat Disneyland dekat Amerika.

“Tak kisahlah you nak kat Europe pun boleh kan dia pergi bercuti kan,” ujar Sam.

Tambahnya, sewaktu asyik bermain-main di taman tema tersebut mereka telah dikepung di dalam kawasan itu.

“Sekali ada tourist, dia pergi kepung Disneyland ni. Jadi kita tak boleh keluar. Kita kena settlekan Disneyland dulu,” katanya lagi.

Kes Culik

Sementara itu, Zizan pula membayangkan bahawa Polis Evo 4 menceritakan kisah seorang anak VVIP  telah diculik ke luar negara. Mereka berdua yang memainkan peranan sebagai anggota polis perlu menyelesaikan kes berkenaan.

BACA JUGA: Pecah Rekod, Polis Evo 3 Raih Kutipan Lebih RM10 Juta Dalam Masa Tiga Hari

“Kalau saya kan, saya bayangkan anak VVIP diculik dan dibawa ke luar negara dan kita kena handle kes itu.

“Dan kita kena kerjasama dengan pelapor dan bila dia sampai sana, rupanya bukan kena culik. Anak tu bagi tahu dia kena culik sebab dia nak ke luar negara,” jelasnya.

Sokongan Peminat

Dalam pada itu, Zizan memberitahu bahawa kesinambungan Polis Evo 3 bergantung kepada sokongan daripada peminat.

“Polis Evo 4 pun akan ada sekiranya penyokong Polis Evo ni, support kita. Meletupkan dulu Polis Evo 3 ni baru kita buat Polis Evo 4,” kata Zizan lagi.

Polis Evo 3

Untuk makluman, filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon tersohor seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad dan Nora Danish.

Selain itu, antara nama lain termasuklah Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana yang turut mewarnai karya Syafiq Yusof itu.

@bonnorhidayah

Replying to @zainn kalau pe3 pecah panggung confirm ada pe4..#kitalagikuatboh #polisevo3 #shaheizysam #sharnaazahmad #zizanrazak

♬ original sound – BonNor Hidayah – BonNor Hidayah

Sumber: TikTok @bonnorhidayah

The post “Pergi Ke Luar Negara,” Ini Jalan Cerita Yang Dibayangkan Zizan & Shaheizy Sam Jika Ada Polis Evo 4 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*