Suspek 1MDB Kee Kok Thiam Meninggal Dunia Akibat Strok – Firma Guaman

uspek 1MDB Kee Kok Thiam Meninggal Dunia Akibat Strok - Firma Guaman

Suspek 1MDB Kee Kok Thiam Meninggal Dunia Akibat Strok – Firma Guaman

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Punca kematian rakan subahat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho or Jho Low disebabkan serangan strok secara tiba-tiba.

Firma guaman Valen, Oh & Partners yang mendakwa mewakili mendiang Kee Kok Thian, 56, dan keluarga, mengesahkan perkara itu berkata suspek dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd itu meninggal dunia di sebuah hospital dua hari lepas (29 Mei).

“Kami menggesa semua pihak untuk tidak melayan sebarang spekulasi mengenai kejadian malang ini dan memberi ruang kepada keluarga untuk menzahirkan kesedihan atas pemergiannya,” kata firma guaman itu dalam kenyataan hari ini.

Pada 5 Mei, media melaporkan lelaki itu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima wang daripada dana 1MDB dan SRC International telah hilang sejak 2018, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (klia2) pada 3.30 pagi Rabu (3 Mei).

BACA: Nak “Aircond” Kereta Sentiasa Sejuk? Ini 3 Benda Yang Perlu Dijaga

Sumber: Bernama

The post Suspek 1MDB Kee Kok Thiam Meninggal Dunia Akibat Strok – Firma Guaman appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*