Telur Dadar Pad Kra Pao Resipi Pertama Khairul Aming Untuk Bulan Puasa

resipi khairul aming

Telur Dadar Pad Kra Pao Resipi Pertama Khairul Aming Untuk Bulan Puasa

Alhamdulillah, kita sekali lagi berpeluang untuk merasai bulan Ramadan yang mulia dan esok (12 Mac) merupakan hari pertama untuk berpuasa. Dalam kesibukan kita beribadah, pastinya ketika ini semua orang sudah bersiap sedia untuk menyediakan hidangan sahur.

Apatah lagi bagi ibu-ibu atau suri rumah yang perlu memasak untuk seisi keluarga. Segala bahan-bahan mungkin sudah disediakan sejak dari petang lagi.

Namun, bagi anda yang masih belum ada menu untuk sahur nanti mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming.

Memulakan 30 Hari 30 resepi dengan hidangan untuk bersahur, Khairul Aming telah menunjukkan cara-cara untuk memasak telur dadar pad kra pao.

BACA: Khairul Aming Kongsi Cara Makan & Simpan Dendeng Nyet Berapi

“Mudah dan cepat nak masak untuk sahur. Makan dengan nasi putih pun dah sedap. Selamat berpuasa guys,” katanya.

Menerusi video itu, dia juga telah memperkenalkan dapur baharu untuk tahun ini.

Resipi Telur Dadar Pad Kra Pao

Tanpa berlengah lagi, mari kita tengok cara nak buat telur dadar pad kra pao oleh Khairul Aming.

Langkah pertama, ambil isi ayam. Boleh cincang atau masukkan terus ke dalam pemproses makanan, lagi senang lumat.

Kemudian, tumbuk empat ulas bawang putih dengan lima biji cili padi.

Tumis kesemua bahan tumbuk itu dan masukkan ayam yang telah dilumatkan dan goreng.

Selepas itu, masukkan satu sudu sos tiram, satu sudu kicap manis dan satu sudu sos ikan. Kacau bahan tersebut dan tambah daun selasih Thai ke dalamnya dan siap.

Tetapi sebelum itu jangan lupa, ambil tiga biji telur dan tak perlu letak garam atau perasa. Goreng telur tersebut, bila dah nak masak letak pad kra pao tadi di atasnya dan sedia untuk dihidangkan.

Seperti yang dikatakan oleh Khairul Aming, menu ini sangat ‘ngam’ jika dimakan dengan nasi panas-panas.

Semoga bermanfaat dan selamat berpuasa untuk semua pembaca.

BACA JUGA: Guru Kongsi Kisah Pilu, Anak Murid Minta Bacakan Al-Quran Sebelum Meninggal Dunia

Sumber: Khairul Aming

The post Telur Dadar Pad Kra Pao Resipi Pertama Khairul Aming Untuk Bulan Puasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*