Ini Malaysia Perlu Hadap Nak Layak Ke Piala Dunia 2026

malaysia layak piala dunia

Perjalanan Masih Jauh, Ini Malaysia Perlu Hadap Nak Layak Ke Piala Dunia 2026

Dua perlawanan terakhir Harimau Malaya menunjukkan impak positif dalam aksi pembukaan kempen kelayakan Piala Dunia & Piala Asia pusingan kedua. Malaysia yang diundi dalam kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.

Dua aksi pertama Malaysia berjaya mengumpul 6 mata penuh dan meletakkan skuad bimbingan Kim Pan Gon memimpin kumpulan D setakan ini. Namun perjalanan ini masih jauh ibarat dari Perlis hingga ke Sabah jauhnya untuk layak ke Piala Dunia namun tiada yang mustahil.

Bagaimana negara Asia nak layak ke Piala Dunia?

Ramai tertanya-tanya, bagaimana pasukan dari Asia ini boleh layak ke Piala Dunia secara merit? Yang menariknya, sudah ada netizen yang meramal Malaysia bakal lawan siapa di Piala Dunia 2026 di benua Amerika nanti. Berangan itu kan percuma, tapi banyakkan bersabar dulu.

Format kelayakan bagi negara anggota Asian Football Confederation (AFC) sudah digubal dan dipersetujui tahun lepas. Format ini digubal berikutan FIFA menambah pasukan yang bakal layak ke Piala Dunia 2026 kepada 48 pasukan daripada 32 pasukan sebelum ini.

Pusingan Pertama Kelayakan

22 pasukan yang menduduki ranking 26 hingga 47 dalam kalangan pasukan di Asia akan diundi untuk bertemu dalam format Home and Away. 11 pemenang akan melayakkan diri ke pusingan kedua kelayakan. Malaysia terus layak secara automatik kerana menduduki ranking 25 teratas di Asia.

Pusingan Kedua Kelayakan

Inilah pusingan yang sedang dihadapi semua negara Asia termasuk Malaysia sekarang. 36 pasukan yang merangkumi ranking 1 hingga 25 Asia dan pemenang-pemenang pusingan pertama kelayakan akan dibahagi kepada 9 kumpulan dan akan bertarung dalam format round robin.

Pusingan Ketiga Kelayakan

Dua pasukan teratas setiap kumpulan (18 pasukan) akan terus layak ke Piala Asia 2027 dan akan dibahagikan lagi kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai enam pasukan. Dua pasukan teratas (6 pasukan) akan layak terus ke Piala Dunia 2026.

Pusingan Play-Off

Ini antara peluang terakhir pasukan untuk layak ke Piala Dunia. Pasukan yang menduduki tempat ketiga dan keempat dalam pusinga ketiga tadi akan dibahagi kepada dua kumpulan. Mereka akan bertarung dalam format single round robin. Hanya pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara merit ke Piala Dunia 2026.

Pasukan di tempat kedua dalam setiap kumpulan akan mewakili AFC dalam Intercontinental Playoff. Mereka akan bertemu dengan wakil benua lain untuk merebut slot ke Piala Dunia 2026.

Konklusinya, hanya 8 pasukan akan mewakili AFC di Piala Dunia 2026. Penambahan wakil Asia bergantung kepada pasukan  yang akan beraksi di Intercontinental Playoff.

Adakah misi layak ke Piala Dunia 2026 ini dapat direalisasikan oleh Kim Pan Gon dan anak buahnya? SK Optimis Malaysia akan sekali lagi layak secara merit ke Piala Asia 2027 dan meletakkan harapan yang sederhana untuk layak ke Piala Dunia 2026. Berjaya meletakkan negara dalam 100 negara terbaik dunia pun sudah cukup baik buat masa ini.

Sumber: Goal.com

The post Ini Malaysia Perlu Hadap Nak Layak Ke Piala Dunia 2026 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*