FIFA Pun Terpana, Senaraikan Gol Safawi Rasid Antara Calon Anugerah Puskas

fifa safawi puskas

FIFA Pun Terpana, Senaraikan Gol Safawi Rasid Antara Calon Anugerah Puskas

Safawi Rasid sebelum ini berjaya menjaringkan gol cantik ketika turun menentang Kepulauan Solomon dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1, Jun lepas.

Dalam perlawanan berkenaan, Safawi yang menerima hantaran daripada Lee Tuck berjaya menampan bola dengan kemas. Beliau kemudian menimang bola dengan cantik dan melakukan rembatan deras ke arah gawang gol lawan.

Gol berkenaan pantas menjadi tular di media sosial sehingga menarik perhatian banyak media, termasuk media antarabangsa.

Antara portal sukan terkemuka dunia yang paling awal mengesan gol berkenaan adalah Bleacher Report Football (BR Football).

FIFA senaraikan gol Safawi antara enam gol terbaik Jun untuk Anugerah Puskas

Portal berita berkenaan turut memuat naik video berkenaan di laman twitter mereka dan mencadangkan gol berkenaan disenaraikan sebagai calon Anugerah Puskas.

“Tambah (gol) Safawi Rasid ke senarai Puskas,” tulis B/R Football dalam satu ciapan ringkas mereka pada 15 Jun.

Bukan sahaja rakyat Malaysia dan BR Football, nampaknya gol berkenaan terus mencuri tumpuan dan kali ini ia berada dalam perhatian FIFA pula.

Menurut FIFA dalam tweetnya, gol yang dijaringkan oleh Safawi itu merupakan salah satu gol menarik yang dijaringkan dalam bulan Jun. Malah gol berkenaan juga dianggap sebagai salah satu calon Anugerah Puskas.

“Skill luar biasa daripada pemain Malaysia, Safawi Rasid”, kata FIFA.

Selain gol yang dijaringkan Safawi, FIFA turut menyenaraikan lima gol lain yang dijaringkan dalam bulan Jun sebagai antara calon anugerah berkenaan.

Sekiranya gol Safawi dicalonkan dan beliau berjaya memenangi anugerah tersebut, Safawi bakal mengikut jejak langkah Faiz Subri. Beliau sebelum ini menjadi pemain Malaysia dan Asia pertama memenangi anugerah berkenaan.

Malaysia berjaya tundukkan Kepulauan Solomon 4-1

Terdahulu, Kepulauan Solomon yang berada di kedudukan ke-134 dunia berjaya memulakan perlawanan dengan baik. Mereka terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-11.

Namun begitu, Harimau Malaya yang ketika itu berada di ranking 138 dunia pantas memperkemaskan permainan dan mengasak kubu lawan untuk mencari jaringan penyamaan.

Skuad ini berjaya menyamakan kedudukan semula menerusi gol Paulo Josue pada minit ke-40. Sebelum separuh masa pertama berakhir, Arif Aiman Hanapi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-47.

Kemudian, Safawi berjaya memenuhi jangkaan ramai apabila berjaya menyudahkan peluang hasil hantaran cantik daripada Lee Tuck. Dengan skill kawalan bola yang sangat baik, beliau berjaya menambah jaringan ketiga pada minit ke-77.

Sebelum perlawanan berakhir, Lee Tuck menjaringkan gol keempat skuad kebangsaan pada minit ke-91. Jaringan itu sekaligus melengkapkan malam gemilang buat bola sepak negara.

 

BACA: Maybank: Semua Pengesahan Secure2u Hanya Melalui Aplikasi MAE Bermula 1 Julai

Sumber: FIFA

The post FIFA Pun Terpana, Senaraikan Gol Safawi Rasid Antara Calon Anugerah Puskas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*