Permohonan Sambung Reman Anggota Trafik Ditolak, Dibebas Dengan Jaminan Polis

Permohonan Sambung Reman

IPOH, 1 Feb (Bernama) — Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan bagi menyambung reman tiga anggota polis trafik yang disyaki meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK), untuk menyelesaikan saman trafik di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands, baru-baru ini.

Permohonan lanjutan reman ke atas tiga anggota polis berumur lingkungan 37 hingga 42 tahun dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak yang dikemukakan pihak polis itu, ditolak Majistret Siti Nora Sharif.

Peguam Muhammad Al-Hirzan Mahamad Akhir dan Aqmarul Aqil Ismail mewakili ketiga-tiga anggota polis berkenaan.

Terdahulu, kesemua anggota polis trafik berkenaan memasuki mahkamah pada 1.18 tengah hari dan keluar kira-kira 40 minit kemudian, dengan memakai pakaian gelap dan bertutup kepala dengan ‘hoodie’ dan memakai pelitup muka.

BACA: Dakwaan Anggota Trafik Minta RM100: Polis Kesan Warga Asing Bantu Siasatan

Kesemua mereka yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sementara itu Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata  ketiga-tiga anggota polis yang ditahan reman tiga hari sebelum ini bagi membantu siasatan itu, akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada 28 Jan lepas, media melaporkan Polis Bukit Aman menyiasat video tular yang memaparkan seorang polis trafik didakwa mengambil RM100 daripada dua pelancong asing, dengan alasan membayar saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju.

Menerusi video berdurasi 50 saat yang tersebar dalam platform X, pasangan pelancong dari UK itu disaman oleh polis trafik kerana didakwa memandu melebihi had laju namun, polis terbabit memberitahu mereka boleh menjelaskan saman RM300 di balai polis berdekatan atau membayar RM100 kepadanya di situ.

Sumber: Bernama

The post Permohonan Sambung Reman Anggota Trafik Ditolak, Dibebas Dengan Jaminan Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*