Pernah Bunuh Lebih 50 Juta Orang, Wabak Bubonik Dikesan Di Amerika Syarikat

Wabak Bubonik kembali

Pernah Bunuh Lebih 50 Juta Orang, Wabak Bubonik Dikesan Di Amerika Syarikat

Pihak berkuasa kesihatan negeri di Oregon, Amerika Syarikat (AS) telah mendedahkan bahawa mereka sedang menangani satu kes wabak bubonik.

Menurut AFP, wabak itu dipercayai telah disebarkan oleh kucing peliharaan.

Penyakit tersebut, yang pernah membunuh kira-kira 1/3 populasi Eropah pada Zaman Pertengahan turut dikenali sebagai “Black Death”.

Hari ini, penyakit berkenaan dianggap asing di negara-negara maju dan boleh dirawat. Namun penyakit tersebut kekal dikategorikan sebagai berpotensi bahaya.

Sehingga kini, pesakit yang tidak dinamakan itu sedang menerima rawatan di Deshutes County.

Pihak berkuasa berkata bahawa individu tersebut berkemungkinan besar dijangkiti wabak itu daripada kucing peliharaan mereka.

“Kami sudah menghubungi semua kenalan rapat pesakit dan haiwan peliharaan masing telah diberikan ubat untuk mencegah penyakit,” kata Pegawai Kesihatan Daerah Deschutes, Dr Richad Fawcett.

Menurutnya, gejala wabak itu pada manusia adalah seperti demam, loya, sakit otot dan tubuh menggigil.

Gejala hanya boleh dilihat selepas lapan hari terdedah kepada haiwan atau kutu yang dijangkiti wabak berkenaan.

“Kes tersebut telah berjaya dikesan pada peringkat awal dan tidak berisiko tinggi kepada masyarakat.

“Tiada kes tambahan dikenal pasti ketika siasatan penyakit berjangkit itu dijalankan,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Menurut AFP lagi, wabak itu jarang berlaku di kawasan tersebut dan kali terakhir dikesan berlaku pada 2015.

Black Death yang melanda Eropah pada abad ke-14 telah membunuh sebanyak 50 juta orang dan ia dianggap sebagai salah satu pandemik paling membawa maut dalam sejarah manusia.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: AFP

The post Pernah Bunuh Lebih 50 Juta Orang, Wabak Bubonik Dikesan Di Amerika Syarikat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*