Pernah Terfikir, Kenapa Pasport Selalu Ada Dalam Empat Warna Sahaja? Ini Jawapannya

pasport empat warna

Pernah Terfikir, Kenapa Pasport Selalu Ada Dalam Empat Warna Sahaja? Ini Jawapannya

Kalau kita perasan, pasport untuk perjalanan antarabangsa biasanya dibuat dalam empat warna sahaja, iaitu biru, merah, hijau dan hitam.

Anda mungkin menyangka bahawa warna-warna ini telah termaktub dalam undang-undang ataupun mana-mana piawaian yang ditetapkan dalam hal ehwal diplomatik.

Persoalannya, kenapa pasport hadir dalam empat warna sahaja? Adakah ia satu kewajipan kepada mana-mana negara untuk menggunapakai hanya warna-warna tersebut sahaja?

Sebenarnya, tiada mana-mana undang-undang rasmi yang menyentuh mengenai warna pasport.

Malah, tiada satu pun undang-undang yang menetapkan bagaimana sekeping passport patut dihasilkan oleh sesebuah negara mahupun wilayah.

Ketua Pegawai Komunikasi ICAO, Anthony Philbin turut mengesahkan bahawa tiada apa-apa faktor yang menentukan pemilihan warna pasport.

Setakat ini, Organisasi Penerbangan Awam Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa  (ICAO) hanya mengeluarkan cadangan bagaimana pasport perlu dihasilkan untuk memudahkan ia dibaca mesin.

Antara cadangan adalah dari segi jenis muka, saiz tulisan dan jenis tulisan yang digunakan dalam dokumen perjalanan yang boleh dibaca mesin pengimbas (MRTD).

BACA: Ingatkan Makanan Barat, “Chicken Chop” Sebenarnya Berasal Dari Malaysia, Ini Kisahnya

Walau bagaimanapun, terdapat salah satu undang-undang mandatori mengenai dokumen ini. Pasport mestilah dibuat dengan bahan yang boleh dibengkokkkan dan tidak mengalami apa-apa perubahan apabila melalui mesin pengimbas.

Walaupun pasport terkini hanya boleh didapati dalam empat warna sahaja, terdapat beberapa variasi melibatkan penggunaan warna terbabit.

Kebanyakan negara, lebih memilih untuk menggunakan versi gelap bagi keempat-empat warna tersebut. Jawapannya mudah sahaja, kerana ia tampak dan ada impak sebagai dokumen rasmi yang penting.

Tiada masalah bagi mana-mana negara yang ingin meletakkan warna merah jambu sebagai warna pasport, cuma ia akan kelihatan kelakar.

Secara asanya, tiada mana-mana faktor yang menghalang sesebuah negara untuk memilih warna lain, hatta warna neon hijau sekalipun. Namun, bersiap sedialah untuk dipersoal kewajaran tersebut oleh rakyat masing-masing.

Ia turut diakui oleh William Waldron, iaitu Timbalan Presiden LLC, sebuah syarikat yang menghasilkan produk keselamatan termasuk pasport untuk lebih 60 buah negara.

Katanya, syarikat mereka mampu menghasilkan apa-apa warna pasport, asalkan warna tersebut ada di dalam buku Pantone.

Sungguhpun begitu, kebanyakan negara cenderung untuk memilih empat warna yang dinyatakan walaupun ia bukanlah syarat wajib yang perlu dipatuhi.

BACA: Kenapa Kita Tak Boleh Guna Telefon Dalam Kapal Terbang? Ini Sebabnya

Sumber: Mental Floss

The post Pernah Terfikir, Kenapa Pasport Selalu Ada Dalam Empat Warna Sahaja? Ini Jawapannya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*