Bayi Lapan Bulan Maut Tetinggal Hampir 8 Jam Di Dalam Kereta

Bayi Lapan Bulan Maut Tetinggal Hampir 8 Jam Di Dalam Kereta

Bayi Lapan Bulan Maut Tetinggal Hampir 8 Jam Di Dalam Kereta

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas disyaki ditinggalkan ibunya di dalam kereta selama hampir lapan jam, di parkir Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, ibu mangsa, seorang doktor di hospital terbabit membawa bayi itu untuk dihantar ke taska.

“Mangsa diletakkan di bahagian belakang penumpang sebelah kiri kereta untuk dihantar ke taska tetapi ibu bayi berkenaan terus ke tempat kerja dengan anggapan mangsa telah pun dihantar ke taska.

“Ibu mangsa hanya menyedari anaknya masih berada dalam kereta pada petang hari yang sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik disahkan meninggal dunia pada pukul 5.53 petang hari yang sama oleh pegawai perubatan HCTM.

Beliau berkata keterangan daripada ibu mangsa akan diambil selepas selesai urusan pengebumian.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

BACA: Ramai Tertanya-tanya, Abang Ni Tunjuk Proses Macam Mana Lori Sampah Kosongkan Muatan

Sumber: Bernama

The post Bayi Lapan Bulan Maut Tetinggal Hampir 8 Jam Di Dalam Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*