Peserta Mengamuk Bakar ‘Moto’, Berang Dengan Penganjur

peserta mengamuk bakar moto

Peserta Mengamuk Bakar ‘Moto’, Berang Dengan Penganjur

Sebuah video yang memaparkan insiden rusuhan dan beberapa motosikal dibakar dalam sebuah acara pemotoran di Ranca Upas. berdekatan Bandung menjadi tular baru-baru ini.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku 5 Mac lepas di wilayah Jawa Barat, lapor Detik News.

Memetik laporan Detik lagi, insiden berkenaan menunjukkan sekumpulan lelaki melepaskan amarah di hadapan pentas acara permotoran tersebut. Insiden berkenaan dipercayai berlaku ekoran rasa tidak puas hati dengan pihak penganjur acara tersebut

Pengurus Ranca Upas, Riki Setiadi berkata, acara tersebut dikendalikan oleh  urus setia daripada komuniti PMK dan Tramax. Manakala pihaknya hanya menyediakan kemudahan tempat untuk acara tersebut dijalankan.

Difahamkan, insiden itu mula tercetus selepas pihak penganjur mula mengutip yuran penyertaan sebanyak Rp 200,000. Yuran tersebut termasuk dengan harga tiket, kos makanan dan juga minuman.

Amukan peserta dipercayai atas kecuaian pihak urus setia acara berkenaan

Kemudian, para peserta memasuki trek pada jam 8 pagi dan bersedia untuk memulakan perlumbaan. Bagaimanapun, tiada wakil daripada pihak penganjur berada di trek.

“Sepatutnya acara tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi, tetapi urus setia yang bertugas di garisan permulaan tidak ada.

“Penunjuk arah juga tiada, maka ada juga peserta yang tersasar dari trek sebenar. Ia menimbulkan suasana kacau bilau dan acara tidak berjalan lancar.

 

“Sepatutnya kena ada urus setia ada yang bertugas di trek. Penunjuk arah pun mestilah jelas, tetapi itu tidak berlaku,” katanya.

Manakala beberapa peserta yang berjaya tiba di garisan penamat, di hadapan pentas pula tidak diberikan sebarang makanan. Keadaan itu kemudian menjurus kepada tindakan agresif daripada peserta.

Peserta mengamuk bakar moto, tak puas hati dengan penganjur

“Selepas para peserta tiba di garisan penamat kira-kira 4 hingga 5 petang, saya memang perasan nasi ada disediakan tetapi ia tidak memadai dengan keadaan peserta (selepas melakukan aktiviti berat).

“Perkara ini menjadi satu kekecewaan dalam kalangan peserta. Disebabkan itu, mereka sanggup membakar ketiga-tiga buah motosikal milik urus setia acara berkenaaan.

“Tiada penjelasan daripada pihak urus setia. Urus setia tiada di tempat berkenaan sehingga kesabaran para peserta ke tahap kemuncak. Pelbagai masalah yang ingin diutarakan seperti masalah nasi, masalah ketiadaan urus setia di trek dan penunjuk arah yang tidak jelas,” tambahnya lagi.

Riki memaklumkan bahawa data peserta yang didaftarkan kira-kira 1,600 peserta. Namun, pada hari kejadian, peserta didapati lebih ramai dari jumlah yang diberitahu.

“Urus setia memaklumkan bahawa jumlah peserta pada hari kejadian tersebut kira-kira 2,000 peserta.”

Walau bagaimanapun, situasi tegang tersebut berjaya dileraikan oleh pihak polis. Kejadian tersebut tidak mencetuskan sebarang kemalangan jiwa, namun beberapa peserta didapati mengalami kecederaan.

BACA: Restoran Tawar ‘Menyu Rahmah’, Ubati Luka Peminat MU

Sumber: Detik 

The post Peserta Mengamuk Bakar ‘Moto’, Berang Dengan Penganjur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*