Pelakon Filem Nang Nak & Bang Rajan, Winai Kraibutr Meninggal Dunia

Pelakon Nang Nak meninggal dunia

Pelakon Filem Nang Nak & Bang Rajan, Winai Kraibutr Meninggal Dunia

Industri perfileman Thailand kehilangan permata apabila pelakon berbakat mereka, Winai Kraibutr, 54, dilaporkan meninggal dunia pada 20 Mac yang lepas, lapor portal 8days.

Winai yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram, Nang Nak (1999) meninggal dunia akibat penyakit Bullous Pemphigoid.

Ia merupakan penyakit kanser kulit yang jarang ditemui dan mendiang menderita penyakit tersebut sejak lima tahun lepas.

Menerusi satu hantaran di media sosial isterinya, Chonrada Saenrangsi memaklumkan mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok selepas alami masalah tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada salur darah.

Kata isterinya lagi, tahap kesihatan Winai merosot sejak 15 Mac yang lepas, sebelum diserang sawan dua hari kemudian. Selepas itu, mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri dan akhirnya disahkan meningga dunia minggu lepas.

Menurut 8days, kehidupan Winai berubah selepas dia didiagnosis menghidap Bullous Pemphigoid, penyakit autoimun yang menyebabkan lepuh pada kulit pada tahun 2019.

Selain terkenal dengan watak ikonik menerusi Nang Nak, Winai turut mencipta nama dan dikenali di pentas antarabangsa menerusi filem Bang Rajan.

Kedua-dua filem berkenaan berjaya mencatatkan kutipan box office sehingga dia mendapat gelaran Hundred Million Hero.

BACA: Jambatan Baltimore Runtuh, Tujuh Pekerja Binaan Dipercayai Hilang

Sumber: 8days

The post Pelakon Filem Nang Nak & Bang Rajan, Winai Kraibutr Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*