Mahkamah Sudan Jatuh Hukuman Potong Tangan Tiga Lelaki Kerana Mencuri

hukuman potong tangan sudan

Mahkamah Sudan menjatuhkan hukuman potong tangan, penjara dan denda ke atas tiga lelaki selepas ia disabit kesalahan kerana mencuri, lapor The Guardian.

Difahamkan, ia merupakan kali pertama hukuman itu dijatuhkan setelah hampir sedekad negara itu menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Tertuduh masing-masing berusia 20-an disabitkan kesalahan mencuri tong gas di Omdurman, bandar paling ramai penduduk yang terletak di seberang Sungai Nil.

Ketiga-tiganya juga turut dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana melakukan kesalahan dan denda RM15,000 atas kecurian itu.

Difahamkan ia adalah keputusan pihak mahkamah pada dua minggu lalu tetapi baru sahaja didedahkan kepada umum baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketiga-tiganya turut dibawa ke penjara Koper di utara Khartoum, iaitu tempat hukuman itu akan dijalankan pada tarikh yang tidak ditentukan.

Ia adalah penjara sama yang kini menempatkan bekas presiden Omar al- Bashir yang terlibat dalam pemberontakan awam bersama pembantunya pada 2019.

Hukuman Potong Tangan
Kredit: BERNAMA

Sementara itu peguam tertuduh, Samir Makeen berkata,”Malangnya walaupun politik di negara ini tiada perubahan dari segi hak rakyat, ia adalah perubahan pada zahirnya,”

Hukuman potong tangan: Mahkamah Sudan didakwa tidak berlaku adil

Bagaimanapun Pusat Kajian Keadilan dan Keamanan Afrika dalam kenyataan mendakwa pihak berkuasa Sudan tidak berlaku adil terhadap ketiga-tiga tertuduh terbabit.

“Tanpa representasi undang-undang, kegagalan mahkamah untuk menjelaskan kepada tertuduh tentang hukuman dan penalti kesalahan serta pergantungan mahkamah yang merupakan satu-satunya bukti untuk pengakuan tertuduh,” maklumnya.

Pada Ogos 2021, Sudan menandatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan penyeksaan dan hukuman lain yang kejam.

Selain itu, ia melibatkan hukuman tidak berperikemanusiaan atau merendahkan maruah.

Hal itu secara tidak langsung menyebabkan undang-undang dalam kanun jenayah digubal semula untuk diselaraskan dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

“Tetapi itu tidak pernah berlaku kerana tiada kehendak sebenar untuk orang melakukannya oleh orang yang memegang kuasa.

“Itulah sebabnya kami sentiasa melihat kes sebegini dari semasa ke semasa,” kata Makeen.

Hukuman Potong Tangan
Kredit: AFP

BACA JUGA: Tiada Yang Nak, Kenali Bir Tawil, Tanah Lapang Tak Dituntut Mana-mana Negara Hingga Hari Ini

Difahamkan, Sudan diperintah oleh sistem perundangan Islam (hudud) sejak September 1983 sehingga menyebabkan undang-undang itu dibekukan selama tiga tahun di bawah pemerintahan Sadiq al-Mahdi yang dipilih secara demokrasi.

Namun, ia tidak bertahan lama selepas diperkenalkan semula oleh Bashir apabila beliau merampas kuasa pemerintahan yang disokong oleh Islam pada 1989.

Bagaimanapun, Bashir dipenjara pada 2019 menyebabkan beberapa undang-undang progresif telah diperkenalkan seperti pemansuhan sebatan.

Situasi dipercayai brtambah teruk apabila rampasan kuasa tentera yang berlaku pada Oktober 2021 sehingga menamatkan peralihan dua tahun kepada demokrasi.

Malah beberapa undang-undang ketenteraan awam yang tidak popular serta regresif telah diperkenalkan semula.

Secara tidak langsung perkara tersebut membimbangkan rakyat apabila Sudan dikatakan akan kembali menjadi negara ekstremisme selepas 15 bulan rampasan kuasa.

Ia berisiko menjejaskan kestabilan negara dan menghentikan peralihannya kepada demokrasi.

Sumber: The Guardian

The post Mahkamah Sudan Jatuh Hukuman Potong Tangan Tiga Lelaki Kerana Mencuri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*