PM Anwar Akan Hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani Di Kedah, Kelantan Dan Terengganu

rumah terbuka aidilfitri madani

PM Anwar Akan Hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani Di Kedah, Kelantan Dan Terengganu

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Buat julung kalinya, Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini juga memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengadakan Rumah Terbuka sempena sambutan Aidilfitri 2023 pada 1 Syawal 1444H di kediaman rasmi beliau di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya

Menurut kenyataan itu, program anjuran JPM melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) selaku penyelaras utama itu diadakan di Kedah pada 29 April, Kelantan (12 Mei) dan Terengganu pada 13 Mei.

“Pelaksanaan program adalah dengan kerjasama kerajaan negeri selaku tuan rumah selain kementerian peneraju turut dilantik bagi membantu pelaksanaan program.

“Program ini akan dihadiri Perdana Menteri sebagai tetamu jemputan utama bagi menyantuni pelbagai lapisan rakyat yang akan berkunjung ke majlis berkenaan. Menteri Besar atau Ketua Menteri juga akan dijemput selain ahli jemaah menteri persekutuan,” menurut JPM.

Menurut kenyataan itu, program di Kedah diangkat sebagai program berstatus nasional dengan jumlah kehadiran pengunjung disasarkan seramai 25,000 orang, manakala sasaran di negeri-negeri lain seramai 15,000 orang di setiap lokasi.

JPM memaklumkan program di Kedah akan berlangsung di Hotel Raia, Alor Setar bermula dari pukul 10 pagi hingga 2 petang, dengan Kementerian Dalam Negeri sebagai Kementerian Peneraju.

“Sementara itu di Kelantan program bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV bermula dari pukul 7 malam hingga 10.30 malam dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagai kementerian peneraju.

“Negeri Terengganu pula akan diadakan pada 13 Mei bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UNISZA bermula dari pukul 7 malam hingga 10.30 malam, dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebagai kementerian peneraju,” menurut kenyataan itu,

Selain itu JPM memaklumkan Perdana Menteri turut dijangka menghadiri tiga majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dilaksanakan Kerajaan Negeri masing-masing iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

BACA: Serba Salah Balik Raya Lepas Suami Tiada, Reaksi Keluarga Mentua Ini Buat Penonton Berair Mata

Sumber: Bernama

The post PM Anwar Akan Hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani Di Kedah, Kelantan Dan Terengganu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*