Menjelang Raya, Tambak Johor Mula Sesak Sejak Selasa

tambak johor mula sesak

Menjelang Raya, Tambak Johor Mula Sesak Sejak Selasa

Memetik laporan Mothership, kenderaan persendirian iaitu kereta dan motosikal mula membanjiri laluan Tambak Johor-Singapura empat hari sebelum tarikh jangkaan Aidilfitri.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), sambutan Aidilfitri dijangka bakal jatuh pada tanggal 22 April 2023. Tarikh 1 Syawal bakal diumumkan oleh Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir tidak lama lagi.

Sungguhpun begitu, keadaan trafik di Tambak Johor-Singapura mula dilaporkan sesak, dengan kehadiran kenderaan dalam kuantiti yang banyak sejak Selasa lagi.

Dalam sebuah video TikTok yang memaparkan para penunggang motosikal tidak berganjak dalam barisan ketika menunggu giliran untuk melepasi sempadan Singapura ke Johor menerusi pusat pemeriksaan di Woodland, Singapura.

Klip tersebut dipercayai telah diambil oleh salah seorang penunggang motosikal yang berada di laluan berkenaan pada pukul 8.30 malam.

@blackpearl027

Jialat oh jialat now at woodland custom ! Confirm underwear wet today guys ….#blackpearl027 #tamiltiktokvideo #tamiltiktokmalaysia #singaporeindian #srilankatamil #sgindians #malaysiaindian #singaporetamil #tamiltiktok #sgindiantiktok #singaporeindiantiktok

♬ original sound – Black Pearl – Black Pearl

Berdasarkan paparan video terbabit, dianggarkan ratusan buah motosikal sedang beratur dari bahagian depan sehingga hujung barisan.

Manakala, pada beberapa laluan lain, beberapa kereta dan van dilaporkan tersangkut dalam kesesakan itu dan bergerak dalam kadar yang sangat perlahan.

Menerusi video yang berdurasi lapan saat itu, terdapat sekilas cahaya yang dipercayai sambaran kilat yang menunjukkan kemungkinan hujan akan turun di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, paparan video tersebut menunjukkan keadaaan trafik sebelum hari-hari puncak iaitu Khamis dan Jumaat yang berdekatan dengan hari cuti umum.

Jangkaan trafik di Tambak Johor – Singapura dijngka kembali seperti masa sebelum COVID-19

Sebelum ini Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura memaklumkan aliran trafik dijangka perlahan menjelang sambutan Aidilfitri.

Kesesakan akan berlaku pada Khamis (20 April) sehingga Isnin (24 April), kata pihak tersebut pada 1 April.

Dengan aliran trafik yang dijangka akan kembali pada tahap kesesakan pada waktu puncak sebelum wabak COVID-19. Waktu menunggu bagi para pengguna untuk melepasi sempadan Singapura dijangka melebihi tiga jam..

Keadaan ini seperti dialami ketika sambutan Aidilfitri pada 2018, lebih daripada 1.5 juta pengembara melepasi pusat pemeriksaan imigresen. Keika itu, dianggarkan sekitar 380,000 dilepaskan daripada sempadan setiap hari.

BACA: Serba Salah Balik Raya Lepas Suami Tiada, Reaksi Keluarga Mentua Ini Buat Penonton Berair Mata

Sumber: Mothership

The post Menjelang Raya, Tambak Johor Mula Sesak Sejak Selasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*