Cemas, Letupan Kedengaran Ketika PM Jepun Mahu Berucap

PM Jepun Selamatkan Diri Selepas Terdengar Bunyi Letupan

Portal berita NHK, memaklumkan satu bunyi letupan kedengaran ketika Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida sedang bersiap sedia mahu memberi ucapan ketika lawatan di pelabuhan barat negara itu.

Menurut laporan itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat kejadian berkenaan.

Kishida Pelabuhan Saikazaki di wilayah Wakayama bagi menyokong kempen calon parti pemerintah dalam pilihanraya tempatan. Letupan berkenaan berlaku ketika beliau sedang bersiap sedia mahu memberikan ucapan.

Seorang lelaki dipercayai suspek dilapor berjaya ditahan oleh beberapa anggota polis berpakaian biasa di lokasi kejadian.

Insiden berkenaan berlaku kira-kira sembilan bulan selepas bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe maut dalam serangan tembakan ketika sedang memberikan ucapan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Jepun memaklumkan Kishida dalam keadaan selamat dan mengalami apa-apa kecederaan.

Selain itu, pihak penyiaran tersebut turut mendedahkan rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki ditahan susulan insiden terbabit.

Dalam video terbabit, ia menunjukkan beberapa oang lelaki yang dipercayai pegawai polis, meletakkan suspek di atas tanah.

Pada masa yang sama, orang ramai turut kelihatan panik dan melarikan diri daripada kawasan tersebut dalam klip video tersebut.

Berita lanjut bakal menyusul

BACA: Saintis Temui Fenomena Seakan Lantai Laut ‘Bocor’, Keluar Air Seperti Paip

Sumber: CNN

The post Cemas, Letupan Kedengaran Ketika PM Jepun Mahu Berucap appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*