Didakwa ‘Buli Jalan’ Perodua Myvi, Pemandu Lori Tular Ditahan Polis

lori scania pembuli jalan

Didakwa ‘Buli Jalan’ Perodua Myvi, Pemandu Lori Tular Ditahan Polis

Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini mengeluarkan satu kenyataan berhubung video tular yang merakam tindakan sebuah lori didakwa sebagai pembuli jalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin bin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik telah mengesan video tular tersebut pada 26 Mei 2023, lebih kurang 7.00 malam.

Video tersebut telah menunjukkan sebuah lori Scania berwarna kuning yang dipandu secara melulu. Antaranya seperti mengubah haluan dan berhenti secara mengejut di Lebuhraya Persekutuan arah Shah Alam sebelum susur masuk Subang, Petaling jaya.

“Kejadian ini melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Myvi dan motolori jenis scania,” kata Mohamad Fakrudin dalam satu kenyataan.

Pemandu lori telah berjaya ditahan dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Berdasarkan hasil siasatan awal, pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada 25 Mei 2023. Tambahnya, pihak polis berjaya mengesan kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Kemudian, pemandu lori tersebut berjaya ditahan pihak polis pada 5.00 petang hari ini. Manakala, hasil saringan air kencing mendapati pemandu tersebut positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan diteruskan di bawah seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.” jelasnya.

Pada akhir kenyataannya, Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Pihak polis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang- undang jalanraya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.”

Beliau turut berkata bahawa pihak polis sentiasa tegas dan tidak akan sesekali menutup mata bagi mana-mana pemandu yang memandu secara tidak selamat dan mengingkari peraturan lalu lintas.

“Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara merbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalanraya yang melanggar undang-undang.”

Terdahulu, seorang pengguna Twitter mengadu berkenaan pengalamannya dibuli oleh pembuli jalan yang memandu sebuah lori Scania berwarna kuning.

Simrath (@Simrath98) berkata dalam satu bebenang ciapan, kejadian tersebut berlaku ketika dia ingin pulang ke rumah selepas berkerja selama seharian.

“Saya telah membuat laporan terhada SPAD dan menghantar semua bukti rakamn ini. Saya berharap agar lesen memandu ditarik dan pemandu tersebut digantung akibat pemanduannya yang sangat berbahaya,” tulisnya pada akhir bebenang ciapan.

 

BACA: Shila Amzah & Ubai Selamat Bertunang

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya via Facebook

 

 

The post Didakwa ‘Buli Jalan’ Perodua Myvi, Pemandu Lori Tular Ditahan Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*