Pokok Durian Umur Lebih 150 Tahun Jadi Tumpuan, Orang Ramai Berpusu-pusu Nak Beli

Pokok usia 150 tahun jadi tarikan pengunjung

Pokok Durian Umur Lebih 150 Tahun Jadi Tumpuan, Orang Ramai Berpusu-pusu Nak Beli

Dua batang pokok durian didakwa berusia 150 tahun menjadi tumpuan utama ‘hantu’ Raja Buah itu di wilayah Trang, Thailand sepeti dilaporkan The Thaiger.

Menurut portal berita berkenaan, orang ramai yang hadir ingin merasai sendiri kelazatan buah durian daripada pokok berkenaan. Difahamkan, buah durian daripada pokok tersebut dijual pada harga 50 Baht (RM 6.70) sekilogram.

Pemilik pokok tersebut dilapor tidak menang tangan memenuhi pesanan pelanggan, dimana pesanan yang diterima melebihi bekalan buah yang mampu ditawarkan.

Pokok durian berusia lebih 150 tahun jadi tumpuan, orang ramai tak sabar nak rasa kualiti buah

Sathit Rammana, 52, berkata dusun durian itu telag diusahakan sejak berzama bermula daripada nenek moyangnya sekian lama. Dusun seluas 9 ekar tersebut telah ditanam dengan lebih 60 jenis pokok durian asli daripada pelbagai jenis.

Namun begitu, terdapat dua batang pokok durian, Chao Hua Laan dan Chao Si Mok yang paling mencuri tumpuan di dusun tersebut disebabkan faktor usianya. Kedua-dua pokok tersebut sudah pun mencapai usia melebihi 150 tahun.

Musim ini, kedua-dua pokok berkenaan mengeluarkan hasil buat pertama kali pada Mei sehingga awal Jun. Seterusnya, pokok-pokok tersebut akan berbuah buah kali kedua pada Jun hingga Julai. Setiap pokok dianggarkan mampu berbuah antara 20 sehingga 30 biji buah.

Untuk tahun ini, dusun durian berkenaan menerima bilangan pelanggan yang luar biasa, sama ada pelanggan baru mahupun pelanggan setia disebabkan harga lebih murah berbanding tahun lepas.

Menariknya lagi, pelanggan yang berhajat membuat pembelian dibenarkan untuk merasa sampel buah terlebih dahulu. Durian-durian itu difahamkan mempunyai rasa premium, isi tebal, kuning, wangi, manis dan licin, sama seperti jenis durian berkualiti tinggi.

Disebabkan menerima pesanan melebihi penawaran, sebahagian pelanggan perlu membuat tempahan awal bagi merasai sendiri kualiti buah daripada pokok berusia 150 tahun.

Dusun berkenaan mempunyai tradisi menamakan pokok-pokok dengan nama unik berdasarkan lokasi dan ciri-cirinya. Antara nama yang diberikan termasuklah Chao  Hua Laan, Chao Si Mok, Chao Kia, Chao Yao Chai Kuan dan Chao Man Chang.

Tahun ini Sathit bercadang untuk menyertai pertandingan durian asli dalam pertandingan tempatan di wilayah Trang pada 9 Jun.

Tujuan pertandingan itu adalah untuk mengekalkan warisan genetik durian selaras dengan inisiatif diraja Puteri Maha Chakri Sirindhorn.

BACA: Mbappe Nak Berpindah Dari PSG, Sedang Diintai Kelab-kelab Kaya

Sumber: The Thaigers

The post Pokok Durian Umur Lebih 150 Tahun Jadi Tumpuan, Orang Ramai Berpusu-pusu Nak Beli appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*