Bunga Minta Kongsi Idea, Nak Buat Persembahan Apa Masa “Opening” Konsert Coldplay

bunga persembahan pembukaan coldplay

Bunga Minta Kongsi Idea, Nak Buat Persembahan Apa Masa “Opening” Konsert Coldplay

Penyanyi rap wanita, Bunga telah dipilih untuk mengadakan persembahan pembukaan bagi konsert jelajah dunia Coldplay, Music of the Spheres yang bakal diadakan di Malaysia pada November ini.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah nasib seorang artis muda tanah air apabila dirinya terpilih sebagai individu yang bakal membuat persembahan pembukaan dalam konsert kumpulan muzik asal British itu.

Bunga (23) menyatakan perasaan teruja menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya pada Isnin, semalam.

Beliau telah memuat naik gambar dirinya di hadapan skrin yang memaparkan tulisan: ‘Congratulations Bunga! You’ll be opening for Coldplay‘.

Bunga minta peminat kongsi idea, nak buat persembahan apa opening Coldplay

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Ayu Fatini (@bungaisme)

Baginya, persembahan pembukaan ini merupakan salah satu persembahan paling besar yang pernah dihadapinya kerana melibatkan puluhan ribu penonton dalam satu masa.

“Asssalammualaikum semua. Pertama sekali, Alhamdulillah atas peluang ini. Sejujurnya, ini persembahan yang paling besar buat Bunga yang melibatkan puluhan ribu orang.”

Disebabkan itu, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari berhasrat untuk melakukan yang terbaik bersama pasukannya.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut meminta doa dan cebisan idea dari para pengikutnya di Twitter, berkenaan konsep konsert pembukaan itu nanti.

“Insha Allah, tim Bunga dan Bunga sendiri akan buat yang terbaik, akan usaha lebih untuk yang terbaik.

“Doa-doakan kami ya. Tengah fikir nak buat konsep persembahan macam mana, korang ada idea?” kata Bunga menerusi kenyataan di laman Instagramnya.

Tiket Coldplay Habis Terjual, Golongan ‘Scalper‘ Cuba Raih Untung Besar

Kebanyakan peminat Coldplay di Malaysia berhempas pulas untuk mendapatkan tiket konsert jelajah Coldplay pada 17 Mei lalu.

Namun begitu, populariti kumpulan tersebut menyebabkan ada peminat berputih mata apabila mereka gagal untuk mendapatkan tiket konsert itu.

Difahamkan, tiket konsert berkenaan habis dijual dalam tempoh yang singkat sahaja. Pada masa yang sama, ada yang mengadu gagal mengakses laman web yang menjual tiket konsert tersebut kerana jumlah trafik yang tinggi.

Dalam pada itu, beberapa pihak mula tampil menjual semula tiket-tiket konsert yang dibeli melalui platform jual beli atas talian.

Secara purata, setiap penjual akan menjual semula tiket-tiket konsert berkenaan dalam lingkungan harga RM2,000- RM8,000, bergantung pada kelas dan jumlah tiket.

BACA: Untung Besar, Tiket Konsert Coldplay Dijual Semula Setinggi RM20,000

Sumber: bungaisme via Instagram

The post Bunga Minta Kongsi Idea, Nak Buat Persembahan Apa Masa “Opening” Konsert Coldplay appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*