Polis Ambil Keterangan Wanita Olah Video Manipulasi Titah Sultan Perak

Polis Wanita Video Sultan Perak

Polis Ambil Keterangan Wanita Olah Video Manipulasi Titah Sultan Perak

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam keterangan seorang wanita berhubung olahan satu klip video membabitkan titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk digunakan sebagai bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama berkata wanita berusia 46 tahun itu hadir di Balai Polis Cyberjaya pada 2.30 petang tadi.

Beliau berkata PDRM menerima 24 laporan berhubung kes itu.

BACA JUGA: Pejabat Sultan Perak Buat Laporan Polis

Terdahulu, tular klip video berdurasi dua minit 50 saat yang memetik sebahagian kecil titah baginda pada 2013 mengenai PAS.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, dalam kenyataan semalam, memaklumkan video itu memetik sebahagian kecil titah Sultan Nazrin (yang ketika itu Pemangku Raja Perak) di Majlis Wacana Perpaduan Ummah bertemakan ‘Perpaduan Ummah; Harapan, Realiti dan Cabaran’ anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Feb 2013.

Justeru, Mohd Zahidi berkata Pejabat Sultan Perak telah membuat laporan polis pada Sabtu lepas berhubung tindakan wanita itu.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Ambil Keterangan Wanita Olah Video Manipulasi Titah Sultan Perak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*