Polis Buka Siasatan Penemuan 13 Naskah Al-Quran Dalam Longkang

al-quran dalam longkang

Polis Buka Siasatan Penemuan 13 Naskah Al-Quran Dalam Longkang

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Polis membuka kertas siasatan berhubung  penemuan 13 naskah al-Quran dipercayai sengaja dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab  ke dalam longkang di Tasik Sri Murni, Jinjang, di sini, pada jam 6.30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai ,berkata seorang wanita tempatan, yang jua Ahli Kesatuan Nelayan Kebangsaan, membuat laporan polis pada jam 11.32 pagi tadi dengan memaklumkan beliau menemukan beberapa naskah kitab suci itu di dalam longkang.

“Hasil siasatan mendapati saksi itu sedang beriadah bersama suaminya telah ternampak sebuah beg berwarna biru di dalam longkang berdekatan dengan kolam takungan tasik dan hasil pemerhatiannya mendapati senaskah al-Quran dalam keadaan terbuka dan telah terkeluar dari beg tersebut.

“Kemudian, saksi telah meminta bantuan daripada seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali berada berhampiran dengannya untuk membawa naik beg itu dan kesemua naskah al-Quran terbabit telah dibawa keluar dan dihantar ke Masjid Annas Kampung Selayang Lama untuk di simpan,” katanya, dalam kenyataan, hari ini.

Beh berkata polis telah membuat semakan di platform media sosial TikTok di pautan https://vt.tiktok.com/ZS8mYtW4L/ dan mengesahkan bahawa terdapat satu hantaran berkaitan dengan aduan yang dilaporkan oleh saksi.

“Kes itu telah disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan apa-apa benda dipegang suci dengan tujuan untuk mengaibkan agama dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian ke atas agama,” katanya.

BACA: Malaysia Edar Satu Juta Al-Quran Sebagai Tindak Balas Insiden Bakar Al-Quran Di Sweden

Katanya, kesemua naskah al-Quran itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Beh menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kebimbangan serta menjejaskan ketenteraman awam terutama kepada masyarakat umum.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482206,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

The post Polis Buka Siasatan Penemuan 13 Naskah Al-Quran Dalam Longkang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*