Ramai Tak Tahu, Bella Astillah Rupanya Penyanyi Asal OST ‘Diari Ramadan Rafique’

bella penyanyi diari ramadan rafique

Ramai Tak Tahu, Bella Astillah Rupanya Penyanyi Asal OST ‘Diari Ramadan Rafique’

Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai cerita Diari Ramadan Rafique, drama Ramadan legend yang membawa seribu kenangan kepada peminat.

Lebih-lebih lagi bagi golongan yang lahir pada tahun 1995 ke atas, semestinya ia menggamit memori apabila menonton kembali drama tersebut.

Setiap pelakon yang berlakon dalam cerita tersebut berjaya meninggalkan kesan kepada penonton susulan lakonan yang ditonjolkan terlihat nyata.

Selain daripada pelakon, lirik lagu cerita itu juga menarik dengan alunan muzik yang sedikit rancak membuatkan ia mudah untuk diingati.

Bella Astilah penyanyi asal Diari Ramadan Rafique

Namun siapa yang sangka, penyanyi sebenar lagu tersebut rupa-rupanya merupakan selebriti yang dikenali ramai, iaitu Bella Astillah.

Perkara itu diketahui ramai susulan artis tersebut berkongsi video nyanyiannya kepada umum baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah memuat naik satu rakaman video nyanyiannya berkenaan dengan lagu drama tersebut.

Kredit: Instagram Bella Astillah

Bella sempat berseloroh versi nyanyiannya pada kali ini adalah versi yang matang, susulan suaranya sudah berubah.

“Ramai betul yang request lagu ini, Bella nyanyi semula tapi versi suara dah besar,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Penyanyi dan pelakon itu juga meletakkan tanda pagar (#) Diari Ramadan Rafique di dalam kapsyennya.

Bella kemudiannya menyanyikan lagu tersebut dan boleh dikatakan nyanyiannya membuatkan para pendengar mengimbau semula sewaktu drama itu bersiaran di kaca televisyen satu ketika dahulu.

BACA: “Andai Aku Boleh Undur Masa,” Aliff Aziz ‘Throw Back’ Saat Indah Menikahi Bella Astilah

Reaksi warga maya

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya sememangnya tidak mengetahui bahawa Bella merupakan empunya suara trek bunyi asal (OST) bagi drama legend tersebut.

“Baru tahu Bella rupanya penyanyi lagu Diari Ramadan Rafique,” kata Nsarm96.

“Aku selalu follow cerita itu, tapi aku  tak tahu pun Bella yang nyanyi,” seloroh Naed.

“Harini baru aku tahu siapa penyanyi sebenar,” tambah Suzirawaty.

“Ramai tak tahu ini lagu Bella kan, kita pun baru tahu hahahaha,” kata Kamalia.

“Memang asyik tengok cerita itu petang-petang dahulu, Bella ke nyanyi tap memang cute la suara OST tu,” ujar Imsarah.

Untuk mendengar lagu nyanyian penuh Bella Astillah sila tekan di bawah ini.

 

Sumber: Bella Astillah/Instagram

The post Ramai Tak Tahu, Bella Astillah Rupanya Penyanyi Asal OST ‘Diari Ramadan Rafique’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*