Enam Cedera Selepas Kereta Safari Dinaiki Terbalik Dikejar Badak

kereta terbalik dikejar badak

Enam Cedera Selepas Kereta Safari Dinaiki Terbalik Dikejar Badak

Enam orang pelancong yang menaiki jip safari tercedera selepas kereta dinaiki mereka terbalik akibat dikejar dua ekor badak sumbu, lapor Daily Mail.

Rakaman video yang tular itu menunjukkan dua ekor badak muncul secara tiba-tiba dari tumbuhan tinggi di tepi jalan di Taman Negara Jaldapara India, Bengal Barat.

Disebabkan terkejut, pemandu kereta jip tersebut telah memecut secara mengundur dengan laju ketika haiwan itu mengejar mereka.

Pelancong yang panik kedengaran dalam video sedang menjerit sebelum jip berkenaan terbabas dari jalan lalu terbalik dengan penumpang terperangkap di bawahnya.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Kredit Daily Mail
Kredit Daily Mail

Dua ekor badak sumbu yang marah itu kemudiannya dapat dilihat berlari melepasi kenderaan yang terbalik tersebut.

Memetik News 18, enam orang pelancong itu dilaporkan mengalami kecederaan semasa kejadian dan telah dirawat di pusat kesihatan Madarihat.

Kredit Daily Mail

Susulan kejadian itu, Akash Deep Badhawan, pegawai Perkhidmatan Hutan India (IFS) menulis di Twitter bahawa lebih banyak langkah keselamatan diperlukan dalam safari negara itu.

Dia berkata: “Saya rasa sudah tiba masanya garis panduan keselamatan dan menyelamat dilaksanakan dalam pengembaraan safari hidupan liar di seluruh negara. Safari kini menjadi lebih kepada sukan pengembaraan!,” tulis Akash di Twitter miliknya.

Pengguna Twitter juga dilihat telah membanjiri ruangan komen video berkenaan.

Antara komen yang diberikan oleh pengguna adalah:

“Kenapa kita menggunakan kenderaan terbuka yang tidak selamat dan bukannya kenderaan berbumbung untuk aktiviti safari itu?” tulis seorang pengguna.

“Ketakutan baru berjaya dibuka,” tambah seorang lagi pengguna Twitter.

Jaldapara ialah taman negara padang rumput tropika yang terletak di kaki bukit Himalaya Timur.

Ia dikatakan sebagai salah satu rumah terbesar untuk Badak Bertanduk satu yang terancam dan kritikal. Taman negara itu juga mempunyai haiwan besar yang lain seperti gajah Asia.

Terdahulu Siakap Keli pernah melaporkan berkenaan seekor gajah di Thailand menghabiskan lebih 25 tahun bekerja dalam industri pelancongan. Di mana ia terpaksa memberi tunggangan kepada pelancong seramai enam orang pada satu masa, lapor The Thaiger.

Gajah yang dinamakan sebagai Pai Lin itu kini hidup bebas tanpa dirantai di pusat penyelamat hidupan liar terbesar di Thailand.

Ekoran dipaksa membawa pelancong, tulang belakang Pai Lin kini dilaporkan mengalami cacat kekal.

Sumber: Daily Mail

The post Enam Cedera Selepas Kereta Safari Dinaiki Terbalik Dikejar Badak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*