Polis Buru Dua Suspek Samun Wanita Di Stesen Minyak Di Cheras

samun wanita di stesen minyak cheras

Polis Buru Dua Suspek Samun Wanita Di Stesen Minyak Di Cheras

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama)Polis sedang menyiasat sebuah video tular berhubung kejadian samun terhadap seorang wanita tempatan di sebuah stesen minyak di Cheras di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam video berdurasi 14 saat di laman Facebook yang dikesan pihaknya pada kira-kira 7.30 malam itu mangsa kelihatan tidak menyedari bahawa suspek sedang menunggu beliau untuk membuka kunci kenderaan.

Zam Halim berkata selepas mengisi minyak, wanita itu membuka kunci kereta dan suspek dengan pantas menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

Beliau berkata hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku pada kira-kira 9 pagi yang melibatkan dua lelaki bertopi keledar menaiki motosikal.

“Seorang daripada suspek membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa dan anggaran kerugian sebanyak RM500,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

BACA: Warga Emas Disyaki Dibunuh Dalam Kejadian Samun Di Rumahnya

Polis buru lima suspek kes samun bersenjata parang

Sebelum ini, media melaporkan polis sedang memburu lima suspek kes samun bersenjata di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Petaling, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata dalam kejadian, lima suspek yang memakai topeng, sarung tangan serta bersenjatakan parang telah meletakkan kenderaan mereka di laluan belakang sebuah rumah sebelum memasuki kediaman itu melalui pintu belakang.

Beliau berkata lima sekeluarga berumur 38 hingga 70 tahun berada di dalam rumah itu semasa kejadian, dan suspek mengikat tangan serta menutup mulut empat daripada mereka sebelum ditempatkan di dalam dua bilik, manakala seorang lagi mangsa tidak diikat, dipercayai atas faktor usia.

Menurutnya beberapa suspek turut memukul seorang mangsa perempuan berusia 45 tahun di bahagian hidung dan badan sebelum mengetuk kepalanya menggunakan belakang parang sehingga menyebabkan kecederaan.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Buru Dua Suspek Samun Wanita Di Stesen Minyak Di Cheras appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*