Polis Mohon Bantuan Kesan Kanak-kanak Lelaki Hilang Sejak Oktober Lepas

kanak-kanak lelaki hilang oktober

Polis Mohon Bantuan Kesan Kanak-kanak Lelaki Hilang Sejak Oktober Lepas

KUALA LUMPUR, (Bernama)Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 26 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid yang kali terakhir berada di rumah beralamat No B10-11-07, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, 46000 Petaling Jaya pada  jam 1.30 tengah hari.

Beliau berkata polis menerima laporan kehilangannya pada 24 Nov lepas.

“Kanak-kanak lelaki berkenaan berkulit sawo matang, berbadan kurus, berambut pendek serta pakaian terakhir adalah baju-T dan seluar trek berwarna hitam semasa keluar dari rumah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi mangsa itu berada supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03- 79662222.

BACA: Tak Perlu Pergi Kedai, Ni Perkara Perlu Buat Kalau Bateri “Smart Key” Kereta Habis

Peniaga nasi ekonomi maut ditikam sebanyak 27 kali, antaranya di dada & leher

Pada Selasa, seorang peniaga dilapor maut selepas ditikam 27 kali pada seluruh badannya di tempat meletak kenderaan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak, Georgetown, Pulau Pinang, petang semalam.

Menurut Sinar Harian, mangsa merupakan seorang peniaga nasi ekonomi di Pasar Awam Jalan Perak.

Mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V Saravanan.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Mohon Bantuan Kesan Kanak-kanak Lelaki Hilang Sejak Oktober Lepas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*