Polis Kesan Roslizal Razali Untuk Bantu Siasatan Kes

polis roslizal razali

Polis Kesan Roslizal Razali Untuk Bantu Siasatan Kes

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki bernama Roslizal Razali bagi membantu siasatan kes.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP A. Skandaguru dalam kenyataan berkata Roslizal, 46, dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Fairol Abu Bakar di talian 016-4469473 atau 03-22666071.

Polis kesan Syafiq Raj bantu siasatan kes cuba bunuh

Kredit: BERNAMA

Minggu lalu, media melaporkan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan membunuh seorang pesara pada 27 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata lelaki itu, Syafiq Raj Kalai Selvan, 27, dicari selepas disyaki melanggar seorang lelaki dengan kereta hingga mangsa cedera parah.

“Mangsa sebelum itu menegur dua suspek lelaki yang berada di dalam kereta supaya memperlahan radio yang dibuka kuat,” katanya.

Christopher berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Syafiq Raj diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Nazam Md Shah di talian 012-722 1913.

Penghantar makanan ditahan bantu siasatan kes baling bungkusan makanan

Kredit: Awani

Sebelum ini, media melaporkan polis telah menahan seorang penghantar makanan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki membaling bungkusan makanan dan minuman ke arah dua pekerja wanita di sebuah restoran, di sini semalam.

Video berdurasi 1 minit 20 saat memaparkan kejadian itu turut tular menerusi media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata pihaknya menjalankan siasatan kes itu selepas mengesan video berkenaan semalam menerusi satu akaun dipercayai milik restoran tersebut selain turut menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah.

“Menerusi video itu, didapati terdapat dua lelaki dipercayai penghantar makanan yang datang ke restoran tersebut dengan seorang daripadanya bertindak membaling bungkusan makanan dan minuman ke arah dua pekerja wanita yang terdapat di kaunter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Norazmi berkata penghantar makanan berkenaan yang ditahan di daerah ini semalam, kini direman untuk siasatan lanjut.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian hotline 04-5858 222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Kesan Roslizal Razali Untuk Bantu Siasatan Kes appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*