Ayob Khan Tunjuk ‘Skill’ Tebar Roti Canai, Tidak Kekok & Nampak ‘Pro’

Ayob Khan Tunjuk ‘Skill’ Tebar Roti Canai, Tidak Kekok & Nampak ‘Pro’

Sering memaparkan wajah ‘serius’ serta ketegasan ketika melaksanakan tugas, ramai rupanya terkejut dengan sisi lain yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang lincah di dapur.

Siapa sahaja tidak mengagumi keberanian beliau dalam memerangi kegiatan jenayah yang sering berlaku dalam masyarakat? Malah beliau juga sering dijadikan contoh dalam kalangan polis kerana sikapnya yang cukup tegas lagi berintegriti.

Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung satu rakaman klip video perkongsian @mohamedmusa82, yang memaparkan seorang lelaki sedang menebar roti canai di sebuah premis kedai makan. 

Kredit: Tiktok

Pada mulanya ramai yang teruja melihat sosok tubuh seorang lelaki yang tidak kekok lagi lincah menebar roti canai di atas dapur, namun setelah diteliti rupa-rupanya lelaki berkenaan ialah Ayob Khan.

Perkara tersebut mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi apabila video itu menunjukkan kemahiran Ayub Khan dalam menebar roti canai, apabila gayanya saling tidak tumpah seperti peniaga roti canai yang sudah lama berniaga.

Jika selama ini umum melihat reaksi wajahnya yang sering serius, kali ini beliau seakan ‘menjiwai watak’ apabila riak wajah yang tegas itu sudah ‘hilang’ dan diganti dengan riak baharu iaitu mesra dan peramah.

Menurut perkongsian video TikTok itu, difahamkan Ayob Khan tampil beraksi menebar roti canai semasa dijemput dalam perasmian pembukaan sebuah restoran nasi kandar baharu di Cheras pada semalam.

Berdasarkan rakaman video, suasana kecoh mula tercetus selepas beliau memulakan tebaran roti itu sambil mencelupkan tangan ke dalam minyak supaya roti itu tidak melekat. Menariknya, ia dilakukan secara bersahaja.

Walaupun pada zahirnya Ayob Khan mempunyai sifat tegas (sebagai pegawai polis berpangkat tinggi), tetapi ketegasan itu dipercayai hanya ditonjolkan ketika bertugas dan pada hari biasa, beliau masih manusia biasa yang ada ‘watak’ serta kelebihan lain.

Rata-rata orang ramai yang berada di sekitarnya (semasa kejadian) sangat berpuas hati dengan kepakarannya, malah ada yang sempat bergurau sambil berkata, ‘Boleh ambil lokal (untuk tebar roti) lepas ni’.

Dalam suasana meriah itu Ayob Khan dilihat sangat selesa melayani insan-insan lain yang berada di situ, malah turut menerima baik pujian yang diberikan oleh mereka semasa menunjukkan bakatnya itu.

Difahamkan, aksi Ayob Khan itu dirakam semasa perasmian pembukaan restoran Nasi Kandar Stadium di Cheras dan turut hadir bersama melihat kejadian itu ialah ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Warga maya terhibur

Sementara itu menerjah ke ruangan komentar, kelihatan ramai warga maya agak tertarik dengan bakat yang ditonjolkan Ayob Khan. Tidak kurang juga ada yang sempat berseloroh dengan berbagai-bagai pendapat.

“Dah nampak dah hala tuju Datuk Ayob ni bila pencen. Haha ‘Ayob Bistro’ atau ‘Ayob Corner’,” kata Bard Mohammad dengan nada seloroh.

“Bakal Ketua Polis Negara InsyaAllah,” kata Abdrcz19.

Kredit: Tiktok

“Class datuk, memang terbaik,” kata Adiey73.

“Wow Datuk Ayob memang pakar tebar roti canai..” kata Duanfiza.

Kredit: Tiktok

“Sempoi la Datuk Ayob Khan, calon Ketua Polis Negara,” kata Ajuss GeePakCha.

“Memang sempoilah Datuk Ayob, memang dia pandai (buat) roti canai mesti lembut,” kata Nurlin96.

Kredit: Tiktok

Video penuh aksi Ayob Khan menebar roti canai di restoran tersebut boleh ditonton menerusi perkongsian TikTok Mohamed Musa di bawah.

@mohamedmusa82PADA 31.12.2022 PERASMIAN PEMBUKAAN RESTORAN NASI KANDAR STADIUM TELAH DI RASMI KAN OLEH YB AHLI PARLIMENT BANDAR TUN RAZAK SELAKU ISTERI PM 10 DI CHERAS DATUK AYOB KHAN TELAH MENUNJUK BAKAT MENEBAR ROTI CANAI #qbistro#NASI KANDAR STADIUM♬ bunyi asal – Mohamed Musa Dulkif – Mohamed Musa Dulkif

Sumber: @mohamedmusa82 via Tiktok

The post Ayob Khan Tunjuk ‘Skill’ Tebar Roti Canai, Tidak Kekok & Nampak ‘Pro’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*