Polis Romania Sita Kereta Mewah Milik Andrew Tate

Polis Romania Sita Kereta Mewah Milik Andrew Tate

Pihak berkuasa Romania dilapor merampas koleksi kereta milik Andrew Tate, seorang pempengaruh British berusia 36 tahun dan juga bekas kickboxer profesional, lapor Mothership.

Rampasan itu dibuat berhubung penahanannya oleh polis Romania pada 29 Disember lalu bersama dengan abangnya dan dua lagi warga Romania.

Penahanan mereka dibuat kerana disyaki merogol, pemerdagangan manusia dan pembentukan organisasi jenayah yang bertujuan mencipta kandungan lucah.

Mereka didakwa telah menahan enam wanita dan memaksa mereka dengan cara memukul dan ugut untuk melakukan adegan intim di hadapan kamera untuk pelanggan “Universiti Hustler” ciptaannya sendiri.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Salah seorang daripada dua warga Romania yang ditahan ialah merupakan bekas pegawai polis berusia 32 tahun yang meletak jawatan lapan tahun lalu. Seorang lagi ialah model berusia 28 tahun yang juga merupakan teman wanita Tate.

Rampasan keseluruhan kereta milik Tate dilaporkan bernilai 5 juta Euro (RM 23 juta).

Menurut saluran berita tempatan Spy News, antara kereta yang dirampas ialah Bugatti Chiron bernilai 3 juta Euro (RM 13 juta), Rolls Royce, Porsche serta dua buah Ferrari.

Beberapa bangunan termasuk kediaman abang Tate turut disita. Tate sebelum ini telah berpindah ke Romania semasa berada di bawah siasatan penderaan seksual kerana berpendapat “undang-undang rogol lebih ringan di sana”.

Ramona Bolla, jurucakap Pengarah Anti-Jenayah dan Keganasan (DIICOT) Romania memberitahu AFP pada 30 Disember bahawa empat suspek yang ditangkap akan ditempatkan dalam tahanan selama 30 hari dan bukannya 24 jam.

Tate sebelum ini terlibat dalam pertengkaran yang tular di Twitter dengan Greta Thunberg, seorang aktivis alam sekitar Sweden berusia 19 tahun. Tate juga mengejek dengan pelepasan karbon yang dilepaskan oleh 33 buah kereta mewahnya itu.

Selepas penahanannya, beberapa pengguna Twitter telah menggunakan ciapannya sebagai meme untuk menegur dan mengkritiknya atas tindakannya yang terdahulu. Ciapan itu juga turut disertakan dengan gambar Tate dalam tahanan serta memuji penahanannya itu.

Sumber: Mothership

The post Polis Romania Sita Kereta Mewah Milik Andrew Tate appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*