Polis Sahkan Pergaduhan Di Sebuah Pangsapuri Berpunca Daripada Perselisihan Faham

pergaduhan di pangsapuri

Polis Sahkan Pergaduhan Di Sebuah Pangsapuri Berpunca Daripada Perselisihan Faham

Video tular yang menunjukkan pergaduhan sekumpulan lelaki di kawasan parkir di sebuah pangsapuri di Bandar Botani Klang pada 14 September lalu dipercayai terjadi disebabkan perselisihan faham antara ahli keluarga, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, laporan berhubung kejadian telah diterima oleh pihaknya.

Laporan telah dibuat oleh seorang lelaki pada jam 6.31 petang pada hari yang sama.

“Pengadu berusia 33 tahun itu mendakwa telah dipukul oleh sekumpulan lelaki dengan menggunakan rotan pada jam 1 pagi,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah Hoong Fong, hasil siasatan mendapati terdapat perselisihan faham antara pengadu dan ahli keluarga ketika menghadiri majlis kematian di pangsapuri tersebut.

Lima orang didakwa memukul pengadu

“Seramai lima orang telah memukul pengadu dan salah seorang suspek menggunakan rotan.

“Akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan kiri, rusuk dan kaki,” katanya.

Dalam pada itu, polis akhirnya telah menangkap enam lelaki warga tempatan berusia antara 26 hingga 65 tahun pada 15 September lalu.

“Hasil semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah. Kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah selesai siasatan,” katanya.

Menurut Hoong Fong, pihaknya telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 148 kanun keseksaan.

Di mana suspek didapati bersalah memiliki senjata semasa rusuhan tersebut sedang berlaku.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

“Pegawai penyiasat telah melengkapkan kertas siasatan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

“Berdasarkan keterangan yang diperolehi dalam siasatan polis, Timbalan Pendakwa Raya telah memberikan arahan untuk tuduh empat orang di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

Selain itu, pihak polis juga mendapati video berkaitan insiden itu telah tular di media sosial.

“Orang awam dinasihatkan supaya jangan menularkan video tersebut bagi mengelakkan kegusaran kepada masyarakat setempat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Sahkan Pergaduhan Di Sebuah Pangsapuri Berpunca Daripada Perselisihan Faham appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*