GSC Beri Penjelasan Punca Tiga Panggung Wayang Ditutup

gsc tiga panggung wayang

GSC Beri Penjelasan Punca Tiga Panggung Wayang Ditutup

Golden Screen Cinema (GSC) memberi penjelasan berkenaan penutupan tiga buah panggung wayang di beberapa lokasi yang diumumkan sebelum ini.

Antara panggung wayang yang ditutup adalah GSC 3 Damansara, GSC Heritage Mall Kota Tinggi dan Klang Parade.

Perkara ini telah mencetuskan desas desus dan spekulasi berkenaan pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Susulan itu, pihak GSC telah tampil memberi penjelasan di sebalik penutupan tiga buah premis miliknya itu.

Ketua Pegawai Operasi, Koh Mei Lee menjelaskan bahawa penutupan itu sebahagian daripada pelan strategik syarikat tersebut.

“Pelan penyatuan organisasi adalah sebahagian daripada pelan tindakan yang lebih besar untuk mengoptimumkan kecekapan operasi.” jelasnya.

Menurutnya, premis-premis yang ditutup baru-baru ini bertindan dengan beberapa lokasi premis pawagamnya yang berada berdekatan dengannya.

Menerusi pelan ini, kru-kru dapat difokuskan ke kawasan yang lebih strategik dan memiliki populasi penduduk yang lebih padat.

“Sebagai peneraju pasaran, fokus GSC adalah untuk membawa pengalaman hiburan terkini kepada penonton filem dengan mengambil kira perubahan permintaan pelanggan menerusi pemilihan lokasi yang tepat serta mengadaptasi terhadap keadaan pasaran terkini,” ujarnya.

Dalam pada itu, GSC turut menjelaskan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kadar kecekapan di premis-premisnya.

Antaranya, kemas kini terkini bagi aplikasi mudah alih GSC dan pengenalan kiosk pertiketan dan konsesi Gen 5.

“Penambahbaikan ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat penonton filem di premis kami.

“Mengenaplasti perubahan dinamik terhadap citarasa pengguna dalam hiburan, kami telah berubah daripada sekadar menawarkan pengalaman sinematik kepada perjalanan hiburan yang komprehensif.

“Perubahan strategik ini dapat dilihat menerusi pelancaran Aurum Theatre, The Exchange TRX dan Velvet Cinemas by GSC, 163 Mont Kiara,” jelasnya.

Pada akhir kenyataannya, GSC mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kongsi yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.

GSC berkata bahawa pihaknya akan kekal komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk 53 premisnya di seluruh Malaysia.

BACA: Anak Muda Indonesia & Malaysia Bergabung Tenaga, Bersihkan Pantai Di Kuala Terengganu

Sumber: GSC

The post GSC Beri Penjelasan Punca Tiga Panggung Wayang Ditutup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*