“Salam Alaikum,” Ucap Salam Kepada Peminat, Ini Respons Alif Satar Terhadap Ronaldo

ronaldo salam alif satar

“Salam Alaikum,” Ucap Salam Kepada Peminat, Ini Respons Alif Satar Terhadap Ronaldo

Pemain bola sepak terkenal Portugal, Cristiano Ronaldo yang juga idola ramai, baru-baru ini menawan hati peminat bola sepak muslim dengan menyampaikan salam mesra iaitu ucapan ‘Salam Alaikum’ kepada penyokongnya di Arab Saudi.

Lapor The News, detik menyentuh hati dikongsikan di akaun Instagram rasmi Al-Nassr yang memaparkan pemain bertaraf dunia itu berada di kem latihan kelab di Portugal ketika menuturkan salam berkenaan.

“Ini dia! Salam Alaikum daripada yang terbaik menyertai kem kelab,” tulis kapsyen video itu.

Gelagat atlet itu mendapat pujian daripada peminat kerana ia menunjukkan kesungguhannya dalam melibatkan diri dengan budaya Islam ketika bertegur sapa dengan penyokongnya.

Dengan hanya perbuatan ringkas itu, Ronaldo berhasil menunjukkan rasa hormat dan penghargaan buat masyarakat Saudi.

Untuk pengetahuan, umat Islam di seluruh dunia menyapa antara satu sama lain dengan  memberi salam, ‘Assalamualaikum’ yang membawa maksud selamat sejahtera ke atas kamu.

Video baru-baru ini telah mendapat tarikan di platform media sosial dengan beribu-ribu komentar, tanda suka dan perkongsian.

Ramai yang memuji tindakan pemain berusia 38 tahun itu dan bagaimana beliau telah memberi inspirasi kepada orang lain melalui tindakan mudah tersebut.

Sebelum ini, Ronaldo turut meraikan salah satu golnya dengan melakukan sujud di mana perbuatan itu sering dilakukan oleh pemain bola sepak muslim  selepas berjaya menjaringkan gol.

Difahamkan, Ronaldo menunduk ke tanah, dikelilingi oleh rakan sepasukan Al-Nassr sambil mereka semua bersorak bersama-sama peminat di stadium.

BACA: Kuliah UAI Di Bandar Tun Razak Ahad Ini Dibatalkan, Ini Sebabnya

Alif Satar ajar Ronaldo sebut dua kalimah syahadah

Dalam pada itu, penyanyi dan pengacara tanah air, Alif Satar yang turut melihat video tersebut memberi respons terhadap tindakan Ronaldo.

Menerusi perkongsian di InstaStory (IGs), Alif yang dilihat gembira dengan gerak kecil Ronaldo itu mula mengajaknya untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Ayuh sahabat, ulangi selepas saya. Ashhadu,” tulisnya sambil tag Instagram peribadi Ronaldo.

Kredit: @alifsatar/Instagram

Sebagai umat Islam, antara perkara yang paling membanggakan apabila orang dari luar negara tidak segan untuk mempelajari agama suci ini.

Walaupun dengan hanya memberi salam namun ia cukup menunjukkan Islam mula dikenali dari seluruh pelusuk dunia.

Sumber: International The News. @alifsatar/Instagram

BACA: Bernilai RM63 Juta, Cristiano Ronaldo Beli Kereta Bugatti Paling “Rare” Di Dunia

The post “Salam Alaikum,” Ucap Salam Kepada Peminat, Ini Respons Alif Satar Terhadap Ronaldo appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*