Polis Tahan Bapa Didakwa Pukul Anak Perempuan Hingga Cedera

polis lelaki anak cedera

Polis Tahan Bapa Didakwa Pukul Anak Perempuan Hingga Cedera

SEREMBAN, 25 Jan (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki 47 tahun yang dipercayai memukul dan menendang anak perempuannya berumur 17 tahun hingga cedera, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata lelaki itu turut disiasat bagi kesalahan merogol, selepas polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah tengah malam tadi yang memaklumkan remaja itu memberitahu dia pernah dirogol bapanya pada 12 Nov tahun lepas.

“Remaja itu kini menerima rawatan di hospital berkenaan akibat kecederaan di bahagian bahu kanan, kiri, bahagian belakang kepala sebelah kiri, tangan sebelah kanan dan di bibir akibat dipukul,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata remaja itu merupakan anak pertama daripada empat beradik, tinggal bersama neneknya di Rantau, Seremban sejak berumur empat tahun selepas perceraian ibu bapanya, sebelum tinggal bersama bapanya itu sejak Jun 2022.

Hazri berkata semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah.

Suspek kini direman hingga 27 Jan ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.

BACA: Jangan Sembur Racun Nanti Lagi Teruk, Buat Cara Ni Untuk Singkir Anai-anai

Sumber: Bernama

The post Polis Tahan Bapa Didakwa Pukul Anak Perempuan Hingga Cedera appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*