ADUN Merlimau Cadang Kerajaan Mansuh Pencen Wakil Rakyat Dahulu

pemansuhan pencen wakil rakyat

ADUN Merlimau Cadang Kerajaan Mansuh Pencen Wakil Rakyat Dahulu

ADUN Merlimau, Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh hari ini mencadangkan agar pemansuhan skim pencen dimulakan dengan golongan wakil rakyat terlebih dahulu.

Cadangan itu dikemukakan oleh beliau, menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, 8.17 pagi tadi.

Menerusi hantaran berkenaan, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berharap cadangan itu dipersetujui semua pihak, sama ada wakil rakyat kerajaan mahupun pembangkang.

“Kita memahami tekanan kewangan yang sedang ditanggung oleh kerajaan ketika ini,

“Tetapi biarlah pemansuhan skim pencen ini dimulakan oleh wakil-wakil rakyat terlebih dahulu.

“Tidak adil jika kita mansuhkan pencen mereka, tetapi kita pula menikmati pencen sehingga mati.

“Tiada dua darjat antara wakil rakyat dan rakyat. Kerana kami percaya atas prinsip kepimpinan melalui tauladan,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut memetik akaun-akaun Facebook rasmi milik pemimpin-pemimpin politik di Malaysia.

Antara yang dipetik adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, beliau turut memetik nama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang  dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lantikan Kontrak Perkhidmatan Awam Adalah Sementara – JPA

Semalam, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan dasar baharu melibatkan pengambilan kakitangan awam selepas ini.

Menurut BERNAMA, pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen.

Dasar baharu pengambilan itu akan dilaksana tahun ini dengan perinciannya diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

“Mereka akan carum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan kerajaan beri sumbangan seperti lazim dilakukan pada petugas swasta.

“Penjawat awam sedia ada diteruskan iaitu tetap dan berpencen… saya ingin jelaskan bahawa yang baharu sahaja (terlibat),” kata TPM.

Beliau turut memaklumkan tanggungan kerajaan untuk bayaran pencen akan mencecah RM120 bilion pada 2040 sekiranya pengambilan tetap bagi penjawat awam diteruskan.

BACA: Jangan Sembur Racun Nanti Lagi Teruk, Buat Cara Ni Untuk Singkir Anai-anai

Sumber: Akmal Saleh via Facebook, BERNAMA

The post ADUN Merlimau Cadang Kerajaan Mansuh Pencen Wakil Rakyat Dahulu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*