Polis Tahan Sembilan Individu Dipercayai Seludup PATI Untuk Perlombongan REE

Polis Tahan Sembilan Individu Dipercayai Seludup PATI Untuk Perlombongan REE

Polis Tahan Sembilan Individu Dipercayai Seludup PATI Untuk Perlombongan REE

ALOR SETAR, 13 Julai (Bernama) — Polis Kedah menahan sembilan individu termasuk empat warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk kegiatan perlombongan sumber mineral unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua tangkapan berusia antara 21 hingga 60 tahun itu dipercayai bertindak sebagai ejen yang menguruskan kemasukan PATI warga Myanmar yang kemudiannya dieksploitasi menjadi buruh di kawasan perlombongan berkenaan.

“Pada 21 Jun lalu, polis menahan empat suspek warga tempatan termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan. Pada 25 Jun pula, polis telah mengesan dan menahan seorang lagi suspek warga tempatan dan empat lelaki warga Myanmar dalam serbuan yang dijalankan di Baling.

“Polis turut merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk melombong REE secara manual bersama lebih empat guni berisi bahan mineral disyaki nadir bumi seberat lebih kurang 99 kilogram (kg),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Fisol berkata berikutan tangkapan dan rampasan itu, satu siasatan berasingan dijalankan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Barang rampasan yang disyaki nadir bumi itu telah dihantar ke Makmal Geosains Ipoh, Perak untuk dianalisis bagi pengesahan kandungan.

“Semalam, empat suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Baling dengan 18 pertuduhan berasingan di bawah Seksyen 12, 14 dan 26B(a) ATIPSOM 2007 dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 manakala suspek lain telah dibebaskan dengan bond mahkamah di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebagai saksi pendakwaan,” katanya.

Dalam pada itu, Fisol berkata polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun yang dipercayai dalang utama berkait kes itu dan individu yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Che Intan Subri di talian 013-9329614.

Pada Febuari lepas, seramai 52 lelaki ditahan kerana disyaki melakukan penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik dan operasi yang diketuai Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) itu turut merampas peralatan dan mesin yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.

BACA: Buat Macam Ni, Cara ‘Tepat’ Cuci Senduk Kayu, Semua Kotoran Minyak Berlemak Keluar

Sumber: Bernama

The post Polis Tahan Sembilan Individu Dipercayai Seludup PATI Untuk Perlombongan REE appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*