Polis Tangkap Dua Lelaki Pukul Pekerja Kedai Serbaneka

lelaki pukul pekerja serbaneka

Polis Tangkap Dua Lelaki Pukul Pekerja Kedai Serbaneka

Dua lelaki dalam rakaman tular yang dipercayai memukul seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam di sebuah kedai sekitar Bandar Rinching, Semenyih semalam, telah ditahan polis hari ini.

Suspek yang berusia antara 31 dan 32 tahun telah ditangkap di dua kawasan berbeza iaitu di Seremban, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor.

Polis turut merampas dua buah telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa berusia 18 tahun pada jam 7.43 pagi tadi.

“Menurut mangsa dalam kejadian jam lebih kurang 5 pagi, suspek bersama rakannya telah memasuki premis untuk membeli minuman.

“Kemudian salah seorang suspek telah mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa mahu membuat sebarang bayaran menyebabkan mangsa menegur perbuatan itu.

Jelas beliau, tindakan itu menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa.

“Suspek kembali ke dalam premis lalu mangsa ditumbuk di bahagian muka dan kemudian beredar.

“Mangsa yang mengalami kecederaan telah mendapatkan rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai satu jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh mencecah dua puluh tahun, dan denda atau sebat,” katanya.

BACA: Polis Siasat Kematian Pelajar Tingkatan Tiga Di Manjung

Polis terima laporan berhubung video bertengkar dipercayai warga asing isi minyak 

Hari ini juga, media melaporkan dua lelaki warga Singapura didakwa bertindak ganas selepas ditegur oleh seorang individu warga tempatan yang melarang mengisi minyak di dalam tong di pam yang sama.

Video pertengkaran individu terbabit telah tular selepas ia dikongsikan oleh pengguna media sosial di Twitter.

Menerusi satu kenyataan Polis Daerah Iskandar Puteri, kejadian dilaporkan berlaku pada 16 Jun lalu di sebuah stesen minyak Caltex Sunway Box, Iskandar Puteri Johor.

Susulan kejadian terbabit, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu yang merupakan warga tempatan dan bekerja sebagai penghantar makanan.

Sumber: Polis Daerah Kajang/Facebook

The post Polis Tangkap Dua Lelaki Pukul Pekerja Kedai Serbaneka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*