Polis Temui Wanita Dan Dua Anaknya Dalam Keadaan Menyedihkan, Dikurung Suami Selama 17 tahun

Seorang wanita dan dua anaknya selamat dibebaskan oleh pihak polis selepas dikurung oleh suaminya sendiri selama 17 tahun, lapor Independent.ie.

Wanita dan anak-anaknya yang berusia 19 dan 23 tahun itu dilaporkan telah ditemui dalam keadaan yang diikat dalam sebuah rumah di Guartiba, barat Rio de Janerio pada Khamis lalu.

Menurut laporan, mangsa telah dikejarkan ke hospital ekoran mengalami dehidrasi teruk serta kekurangan zat makanan.

Gambar-gambar yang dikongsi oleh pihak polis kepada media menunjukkan kehidupan mangsa yang sangat tidak terurus.

Suspek yang merupakan suami dan bapa kandung kepada dua remaja itu telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Suspek telah disabitkan dengan tuduhan penculikan, pemenjaraan, penganiayaan dan penyeksaan.

“Dua remaja tersebut, yang merupakan anak kepada wanita itu dan suspek, telah diikat, dicemari dan dibiarkan kelaparan,” ujar polis tentera Rio dalam sebuah kenyataan.

Seorang jiran memberitahu media tempatan bahawa selepas melihat dua kanak-kanak itu, dia tidak rasa mereka boleh hidup sebegitu untuk seminggu lagi.

“Saya cuba bercakap dengan ibu mereka di dalam ambulans tetapi dia sangat lemah sehingga tidak dapat mengeluarkan sebarang suara,” ujarnya.

BACA: Guna Untuk Berkhayal, Sekumpulan Pelajar India Ketagih Minum Air Rebusan Kondom

Sumber: Independent.ie

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*