Polis Terengganu Ambil Keterangan Lelaki Pasang Bendera Israel Di Luar Premis

lelaki bendera israel terengganu

Polis Terengganu Ambil Keterangan Lelaki Pasang Bendera Israel Di Luar Premis

Polis Terengganu memaklumkan bahawa pihaknya telah mengambil keterangan seorang lelaki yang didakwa mengibarkan bendera Israel di sebuah premis pada Khamis, semalam.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, siasatan berhubung perkara tersebut masih diteruskan pihak berkuasa.

Suspek merupakan seorang lelaki yang merupakan peniaga berusia dalam lingkungan 30-an. Berdasarkan hasil siasatan pihak polis, keluarga suspek memaklumkan lelaki terbabit memiliki masalah mental.

Sungguhpun begitu, pihak polis masih menjalankan siasatan kerana suspek pernah mempunyai sejarah berkaitan kesalahan narkotik.

“Kita sedang buat siasatan terperinci tentang isu ini dan mengenal pasti seksyen bakal dikenakan kepada suspek,” katanya.

Sebelum ini, terdapat dua keping gambar memaparkan sebuah premis yang didakwa mengibarkan bendera Israel di sebuah kawasan di Terengganu telah tular di media sosial sejak petang Khamis.

Hantaran yang memaparkan gambar tersebut telah dimuat naik ke dalam media sosial itu telah menarik perhatian daripada orang ramai.

Walau bagaimanapun, pelaku difahamkan telah memohon maaf dan menurunkan bendera berkenaan, menerusi hantaran terbabit.

Menaikkan bendera tanpa permit di premis dianggap satu kesalahan

Mazli mengulas lanjut, tindakan menaikkan bendera tanpa permit di premis merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Suspek menaikkan bendera tanpa permit di premis dan bangunan tanpa kebenaran daripada PBT.

Jelasnya, pihaknya masih menunggu laporan daripada PBT berhubung perkara ini.

Justeru, Mazli menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan tindakan yang mampu menganggu gugat ketenteraman awam.

“Peringatan kepada masyarakat supaya tidak memasang bendera yang menimbulkan kemarahan orang awam,” jelasnya.

Manakala, pihak yang didapati melakukan kesalahan tersebut akan berdepan dengan tindakan undang-undang ditetapkan pihak berkuasa.

“Mereka boleh disiasat di bawah kesalahan menyebabkan hura-hara dan menggugat ketenteraman awam.”

Pada masa yang sama, Mazli mengingatkan orang ramai bahawa setiap bendera yang ingin dipasang di mana-mana premis dan bangunan perlu mendapat kebenaran daripada PBT terlebih dahulu.

BACA: Netflix Sah Naik Harga Pakej, Di Tiga Negara Buat Masa Ini

Sumber: Sinar Harian. 

The post Polis Terengganu Ambil Keterangan Lelaki Pasang Bendera Israel Di Luar Premis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*