Piala Asia: Kim Pan Gon Merajuk?

kim pan gon piala asia

Piala Asia: Kim Pan Gon Merajuk?

Sesetengah pihak diminta untuk mengenang semula perjalanan Harimau Malaya sejak diambil alih oleh Kim Pan Gon pada tahun 2022, demikian permintaan ketua jurulatih kebangsaan itu, lapor Stadium Astro.

Pan Gon juga mengingatkan supaya pihak berkenaan menilai prestasinya secara keseluruhan dan bukannya semata-mata dalam Piala Asia 2023.

Dalam pada itu, Pan Gon meminta supaya penilaian dan kritikan yang diberikan kepadanya lebih adil berikutan kegagalan skuad kendaliannya mencatat sebarang kemenangan pada Kumpulan E.

“Selepas 42 tahun menanti untuk layak, pemain Malaysia tidak pernah melalui tekanan dalam kejohanan indah seperti ini dan kami harus menikmatinya serta kami bertekad kembali ke sini.

“Korea layak kancah ini dalam masa 32 tahun, selepas 16 tahun barulah mereka memenangi perlawanan pertama di tempat sendiri dan 24 tahun pula di tempat lawan.

“Tetapi selepas 42 tahun (berusaha untuk layak), anda pula menuntut kemenangan dan pusingan 16,” katanya.

Menurut Pan Gon, skuad kendaliannya perlu diberikan lebih masa untuk membina kemahiran yang lebih mantap.

“Kita perlu berikan masa, berikan sokongan kepada pemain dan bina asas yang mantap untuk kembali. Ia sangat mustahak.

“Dalam dua tahun terakhir, kami berikan anda keputusan dan persembahan mantap. Kami meledak gol dalam setiap perlawanan.

“Saya tahu anda tunggu kegagalan saya. Saya sentiasa bersedia, tiada masalah. Semalam anda mahu saya dipecat,” ujarnya.

Sumber: Stadium Astro

BACA: Malaysia Lonjak 4 Anak Tangga Dalam Ranking FIFA

The post Piala Asia: Kim Pan Gon Merajuk? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*