Polis Teruskan Siasatan, Tidak Klasifikasi Kes Zayn Rayyan ‘NFA’

siasatan kes zayn rayyan

Polis Teruskan Siasatan, Tidak Klasifikasi Kes Zayn Rayyan ‘NFA’

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberi jaminan siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak akan dihentikan meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.

“Kes ini tidak diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.

“Siasatan masih diteruskan bagi mencari petunjuk dalam menyelesaikan kes ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

BACA: Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilapor hilang pada 5 Dis tahun lepas di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis turut meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan masih menunggu maklum balas berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik itu.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Teruskan Siasatan, Tidak Klasifikasi Kes Zayn Rayyan ‘NFA’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*