Gempa Bumi Jepun: Lebih 100 Bangunan Dipercayai Terbakar

gempa jepun bangunan terbakar

Gempa Bumi Jepun: Lebih 100 Bangunan Dipercayai Terbakar

Lebih 100 bangunan dipercayai terbakar dalam satu kebakaran berskala besar di pusat bandar Wajima, Ishikawa susulan gempa yang berkekuatan 7.5 magnitud menggegarkan bahagian tengah Jepun semalam, lapor NHK.

Menurut bomba tempatan, kebakaran berlaku berhampiran bandar Asaichi Dori, sebuah kawasan tarikan pelancong yang terkenal. Ia menyaksikan bangunan termasuk kedai dan kediaman hangus dijilat api.

Tambah agensi penyelamat itu, usaha memadam kebakaran masih diteruskan dan pihaknya turut memeriksa sekiranya terdapat mangsa yang terkorban.

Api Merebak Di Pelbagai Tempat

gempa jepun wajiwa
Gambar: NHK

Dalam satu rakaman yang diambil oleh helikopter NHK sekitar jam 6:50 pagi menunjukkan, api jelas kelihatan di pelbagai lokasi dan asap putih bebas memenuhi ruang udara.

Maklum pihak bomba lagi, sebuah struktur dipercayai bangunan tujuh tingkat runtuh secara mengiring manakala di Kawai pula, sebuah syarikat yang telah lama bertapak juga dilaporkan runtuh.

BACA: Enam Terkorban Akibat Gempa Bumi Di Jepun

Beberapa anggota bomba dilaporkan membawa masuk peralatan dalam runtuhan bangunan di lokasi itu bagi memeriksa keadaan kira-kira pada jam  8:20 pagi waktu tempatan.

Landasan Kapal Terbang Noto Retak

Gempa yang melanda turut meninggalkan impak rekahan dan retak sebahagian landasan di Lapangan Terbang Noto.

Tambahan lagi, sebahagian besar laluan menuju ke bandar berkenaan juga dilaporkan tidak boleh digunakan selepas gempa bumi kuat itu melanda.

Berikut Keadaan Terkini Wilayah-Wilayah Di Jepun

Gambar: NHK

Di Bandar Suzu, wilayah Ishikawa, sebuah bangunan dipercayai kuil juga dilaporkan telah musnah sepenuhnya.

Sementara di pelabuhan menyaksikan beberapa bot terbalik dan melanggar dermaga (tembok batu)

Manakala di Pekan Shika, Wilayah Ishikawa, sekitar 70 pesakit telah dipindahkan ke kawasan selamat susulan Hospital Togi dilaporkan terjejas akibat bencana itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak hospital berkenaan.

Di Wilayah Niigata, jalan menerusi sawah padi di luar bandar di Wad Nishikan telah ditutup kepada lalu lintas. Ia selepas laluan berkenaan mengalami retak dan permukaan jalan yang tidak rata.

Beberapa tiang elektrik juga dilaporkan tumbang di sekitar jalan.

Di Bandar Himi, Wilayah Toyama, dinding beberapa kediaman dilaporkan runtuh akibat bencana itu.

Sebuah rumah kayu dua tingkat dilaporkan runtuh di Kitaomachi di bandar berkenaan. Difahamkan, tiga orang dalam lingkungan 60-an yang berada dalam kediaman itu berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sehingga kini, sekurang-kurangya enam dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat di bahagian tengah Jepun semalam, lapor AFP.

Sumber: NHK (1), (2)

The post Gempa Bumi Jepun: Lebih 100 Bangunan Dipercayai Terbakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*