Populasi Harimau Di India Meningkat Lebih 3,000 Ekor

populasi harimau india

Populasi Harimau Di India Meningkat Lebih 3,000 Ekor

Populasi harimau liar India dilaporkan telah meningkat melebihi 3,000 ekor yang merupakan jumlah terbesar di dunia setakat ini, lapor AFP.

Ia adalah berdasarkan bancian yang dikeluarkan pada Ahad.

Dengan rekod itu, usaha untuk memulihara spesies terancam itu perlu dipertingkatkan lagi.

Seperti yang diketahui, haiwan terbabit juga pernah menghuni hutan rimba di seluruh Asia tengah, timur dan selatan.

Bagaimanapun, dalam tempoh 100 tahun yang lalu, 93 peratus darinya telah lenyap. Kini ia hanya bertahan dalam populasi yang berselerak di 13 negara.

BACA: Ketahui Apa Itu Pterygium & Bagaimana Cara Merawatnya

Dalam pada itu, bancian tersebut juga mendapati bahawa terdapat 3,167 harimau yang berada di seluruh negara itu berbanding sebelum ini iaitu hanya sebanyak 2,967.

Tinjauan tersebut dijalankan setiap empat tahun dengan menggunakan perangkap kamera dan program komputer untuk mengenal pasti setiap ekor haiwan tersebut.

Kadar kenaikan itu perlahan kepada kurang tujuh peratus sepanjang tempoh terbabit. Sebelum ini, ia turun lebih 30 peratus dalam tempoh empat tahun.

Pun begitu, Perdana Menteri, Narendra Modi berkata jumlah itu cukup membanggakan.

“Kejayaan ini bukan sekadar di negara India sahaja malah merangkumi di seluruh dunia.

“Populasi harimau ini terganggu disebabkan aktiviti manusia di seluruh Asia seperti penebangan hutan dan pemburuan haram. Ia menyebabkan habitat haiwan tersebut mengalami kepupusan.

“Kerjasama rakyat di negara India telah meningkatkan populasi harimau di negara ini.

“Kini, India menempatkan 75 peratus populasi harimau global dan juga  merupakan negara yang mempunyai jumlah harimau yang terbanyak,” katanya.

Negara India berjaya Meningkatkan populasi harimau

Memetik laporan CNA, lebih daripada 100,000 harimau dianggarkan berkeliaran di dunia ini pada tahun 1900. Pun begitu, rekod itu merudum pada tahun 2010 yang menyaksikan hanya terdapat 3,200 ekor harimau yang masih wujud.

Pada tahun itu, India dan 12 negara lain menandatangani perjanjian untuk menggandakan jumlah harimau menjelang tahun 2022.

Dipercayai India mempunyai populasi harimau sebanyak 40,000 pada masa kemerdekaan daripada Britain pada 1947.

Untuk pengetahuan, India dipercayai mempunyai sekitar 40,000 populasi harimau ketika kemerdekaan pada 1947.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2002 populasi harimau di India menurun sebanyak 3,700.

Tetapi, empat tahun kemudian jumlah populasi haiwan itu mula stabil.

BACA JUGA: 3 Lembu Dibaham Harimau Di Setiu – Exco Terengganu

Sumber: AFP Via CNA

The post Populasi Harimau Di India Meningkat Lebih 3,000 Ekor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*