Potensi Besar, PETRONAS Buat Penemuan Minyak Di Suriname

petronas minyak suriname

Potensi Besar, PETRONAS Buat Penemuan Minyak Di Suriname

Sebuah anak syarikat milik PETRONAS, PETRONAS Suriname E&P B.V. (PETRONAS Suriname E&P) berjaya membuat penemuan minyak di telaga minyak Roystonea-1 Blok 52 di Suriname.

Berita gembira berkenaan dimaklumkan oleh PETRONAS melalui satu kenyataan media semalam.

Menurut PETRONAS, telaga minyak itu terletak kira-kira 185 kilometer di luar persisiran pantai pada kawasan laut berkedalaman 904 meter.

Telaga berkenaan berjaya digerudi sehingga kedalaman 5,315 meter. Menerusi penggerudian tersebut, pihaknya berjaya menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak.

PETRONAS jumpa minyak di Suriname

“Penilaian lanjut sedang dijalankan. Ia bagi menentukan tahap penuh penemuan ini dan potensi pembangunan bersama dengan penemuan Sloanea-1 yang dibuat pada 2020 dalam blok yang sama.

Menurut Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan PETRONAS, Datuk Adif Zulkifli berkata, penemuan ini adalah berita positif.

“PETRONAS melihat penemuan ini sebagai satu berita positif dalam usahanya ke arah merealisasikan strategi barrel yang berbeza untuk usaha huluan antarabangsa.

“Usaha ini akan memberi fokus kepada penemuan bahan dengan pencemaran yang minima” katanya.

Manakala Naib Presiden Penerokaan PETRONAS, Mohd Redhani Abdul pula menjangkakan penemuan ini akan memacu penerokaan seterusnya.

“Kejayaan Roystonea-1 dijangka akan memacu penerokaan sumber hidrokarbon yang boleh dikormesialkan akan datang di kawasan sekitarnya.

“PETRONAS akan meneruskan kerjasama rapat dengan pengendali tempatan, Staatsolie dan rakan kongsi untuk membuka ‘kunci’ potensi hidrokarbon Suriname.

“Kami berharap dapat melaksanakan program penerokaan masa hadapan yang selamat dan berjaya bersama-sama,” katanya.

Blok 52 yang meliputi kawasan seluas 4,749 kilometer persegi terletak di utara pantai Paramaribo. Kawasan berkenaan terletak dalam lembangan Suriname-Guyana.

PETRONAS Suriname E&P merupakan pengendali blok berkenaan dengan 50 peratus kepentingan penyertaan. Selain Blok 52, PETRONAS Suriname E&P juga mengendalikan Blok 48 dengan 100 peratus kepentingan penyertaan.

Anak syarikat milik PETRONAS itu juga mempunyai 30 peratus kepentingan penyertaan bukan operasi dalam Blok 53 dimana penemuan minyak, Baja-1 dibuat pada 2022.

“Penemuan ini adalah cerminan kepada usaha berterusan PETRONAS ke arah memastikan keterjaminan sumber tenaga bagi memenuhi permintaan pasaran tenaga yang berkembang.”

BACA: Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Sumber: PETRONAS

 

The post Potensi Besar, PETRONAS Buat Penemuan Minyak Di Suriname appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*