Ahli Politik Bekas Gangster & Abang Ditembak Mati Pembunuh Menyamar Wartawan

ahli politik ditembak mati

Ahli Politik Bekas Gangster & Abang Ditembak Mati Pembunuh Menyamar Wartawan

Seorang bekas ahli parlimen di India, Atiq Ahmed yang dahulunya pernah didakwa sebagai gangster serta abangnya, Ashraf Ahmed ditembak mati oleh tiga individu yang menyamar sebagai wartawan.

Lapor The Independent, kejadian di Prayagraj Uttar Pradesh (UP), India sekitar 10.30 malam Sabtu itu berlaku ketika Atiq dan Ashraf sedang diwawancara pemberita dipercayai dalam satu siaran langsung.

Menurut sumber jurucakap polis UP, suspek dikenali sebagai L, A dan S (bukan nama sebenar) telah tiba di Prayagraj dua hari lalu.

Mereka telah merancang untuk melakukan serangan tersebut selepas mengetahui adik-beradik itu kini sedang berada dalam tahanan polis (dipercayai mengenai kes terdahulu).

Laporan tempatan mengatakan bahawa tiga lelaki bersenjata memberitahu polis bahawa mereka mahu membunuh adik-beradik itu untuk menjadi terkenal.

Serangan tembakan itu ‘memaksa’ ketua menteri negeri, Yogi Adityanath menubuhkan sebuah suruhanjaya kehakiman tiga anggota untuk menyiasat insiden itu.

Kerajaan (tempatan) dalam masa yang sama telah melaksanakan perintah berkurung dan sekatan ke atas pergerakan orang ramai.

BACA: Dua Kumpulan Gangster Di Haiti Lancar Perang Rebut Kawasan, 148 Maut Setakat Ini

Kronologi kejadian berlaku

Difahamkan pada asalnya, Atiq dan Ashraf kini sedang menjalani perintah tahanan mahkamah kerana didakwa terlibat dalam kes pembunuhan pada 2005.

Justeru ketika hari kejadian, kedua-duanya yang berada di bawah tahanan pihak berkuasa dibawa ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan mandatori.

Kedua-duanya dibawa ke hospital di bawah kawalan polis untuk pemeriksaan sebelum dihantar semula ke dalam tahanan kehakiman.

Bagaimanapun ketika ditemui pemberita dan petugas media, insiden tembakan mengejut itu berlaku secara langsung serta sempat dirakam di lensa kamera.

Menerusi laporan tempatan, kira-kira 20 das tembakan dilepaskan ke arah adik-beradik itu sebelum kedua-duanya rebah di lokasi kejadian.

Berdasarkan rakaman video, kelihatan kelibat satu tangan yang mengacukan senjata api dipercayai pistol ke arah Atiq serta menolak serbannya dari belakang.

Tolakan itu dilakukan dengan muncung pistol separa automatik tersebut sebelum tembakan dilepaskan ke arah pelipis kiri mangsa.

Kedua-dua mangsa difahamkan rebah, manakala seorang wartawan dan seorang konstabel polis turut tercedera.

Kredit: The Independent

Dalam beberapa video kejadian yang dikongsi secara meluas di media sosial, slogan ‘Jai Shri Ram’ bergema ketika polis bergelut menundukkan dua suspek.

Namun, menurut laporan, pada ketika ini kesahihan video tersebut masih belum disahkan dari mana-mana pihak.

Latar belakang Ahmed – sejarah kes pembunuhan 2005

Atiq adalah bekas ahli Parlimen India dan Dewan Undangan UP yang didakwa mempunyai lebih 100 kes jenayah didaftarkan terhadapnya.

Atiq telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana penglibatannya dalam kematian Umesh Pal, seorang saksi dalam kes pembunuhan seorang ahli parlimen tempatan pada 2005.

Berdasarkan aduan yang dibuat oleh isteri Pal, kes difailkan terhadap Atiq, Ashraf, Asad Ahmed yang merupakan anak Atiq, pembantunya Ghulam Hassan dan lain-lain pada 25 Februari.

Pembunuhan berlaku hanya dua hari selepas anak lelaki ahli politik itu, Asad Ahmed serta Hassan, terbunuh dalam pertemuan polis dengan Pasukan Petugas Khas (STF) UP.

Kedua-duanya ditembak mati oleh STF semasa pertemuan di mana mereka dilaporkan enggan menyerah diri dan melepaskan tembakan dalam cubaan untuk melarikan diri.

Asad sebelum ini memberitahu Mahkamah Agung dengan menyatakan kebimbangan bahawa dia akan dibunuh dalam pertemuan palsu tetapi mahkamah tertinggi India telah menolak pengakuannya.

Dua daripada pembantu Atiq Ahmed yang didakwa, yang juga dituduh dalam kes pembunuhan Umesh Pal, juga baru-baru ini dibunuh dalam pertemuan polis yang berasingan.

Sumber: The Independent

The post Ahli Politik Bekas Gangster & Abang Ditembak Mati Pembunuh Menyamar Wartawan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*