PRK DUN Pelangai Pada 7 Okt – SPR

prk dun pelangai 7 Okt

PRK DUN Pelangai Pada 7 Okt – SPR

PUTRAJAYA, 24 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang pada 7 Okt ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 23 Sept dan 3 Okt.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK DUN Pelangai.

PRK DUN Pelangai perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas.

Selain Johari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, sembilan lagi terkorban dalam nahas membabitkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu.

Berita lanjut bakal menyusul

BACA: Frasa Keramat Disalahguna, Azri Walter Jelaskan Maksud Sebenar ‘Sebab Boleh Dik’

Sumber: Bernama

The post PRK DUN Pelangai Pada 7 Okt – SPR appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*