Pura-pura Jadi Pelanggan, Ini Taktik Baru “Scammer” Tipu Kedai Makan

scammer pelanggan kedai makan

Pura-pura Jadi Pelanggan, Ini Taktik Baru “Scammer” Tipu Kedai Makan

Kewujudan penipu atau ‘scammer’ telah berleluasa pada zaman kini susulan kecanggihan teknologi yang semakin meningkat, membuatkan golongan tersebut semakin berani untuk melakukan penipuan itu.

Baru-baru ini, ada scammer telah menggunakan taktik baharu untuk menipu orang ramai tanpa rasa bersalah dengan cara menyamar menjadi pelanggan di kedai makan.

Seorang lelaki di laman TikTok yang menggunakan akaun @eddytukangmasak telah memuat naik cara bagaimana scammer itu menipu di kedai makan.

Dalam video berdurasi tiga minit lapan saat itu, dia menerangkan taktik scammer terbabit dengan menunjukkan contoh dan memberi nasihat kepada pemilik kedai makan.

Jelasnya, scammer itu akan berpura-pura menjadi pelanggan dan cuba untuk membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak menerusi panggilan telefon.

Ikuti pecahan di bawah untuk mengetahui cara scammer menipu kedai makan:

BACA: “Hantaran Bukan Beban Perkahwinan…”

Taktik scammer kedai makan

Kredit: BERNAMA

Yang pertama, scammer akan menelefon peniaga mengatakan mereka wakil daripada anggota tentera.

Kemudian, mereka akan membuat pesanan makanan dalam kuantiti yang banyak (contoh: 100 pax ke atas).

Setelah pesanan diambil oleh pemilik kedai, tukang masak akan membuat pesanan tanpa mengetahui orang tersebut rupanya adalah scammer.

Selepas itu, pemilik kedai makan menelefon semula scammer, memaklumkan makanan sudah siap dimasak.

Seterusnya, scammer menggunakan taktik kedua iaitu meminta pemilik makanan mencarikan pek makanan segera, dengan alasan mahu digunakan semasa masuk hutan.

Pemilik kedai makan panik kerana tidak mempunyai nombor pembekal makanan pek segera.

Scammer secara tiba-tiba mencadangkan supaya pemilik kedai makan menelefon pembekal yang mereka kenal.

Mereka akan memberi nombor telefon pembekal (iaitu rakan kongsi scammer juga) kepada pemilik kedai makan dan meminta untuk membuat pesanan pek makanan segera di nombor itu.

Pemilik buat pesanan untuk membeli pek makanan segera dan scammer pembekal itu akan meminta deposit.

Scammer itu meminta pemilik kedai makan membayar deposit terlebih dahulu dan apabila mereka mendapat duit tersebut, terus tidak dapat dikesan.

Untuk pengetahuan, scammer tersebut sebenarnya bukanlah tentera namun menipu supaya pemilik kedai terpedaya.

Sebagai pemilik kedai makan yang baru sahaja memulakan perniagaan semestinya mahu membuat jualan yang banyak.

Apabila mendengar pesanan yang dibuat oleh mereka (scammer) sudah tentu pemilik kedai makanan akan terima pesanan itu.

Dengan menggunakan taktik itu scammer akan mendapat duit dan apabila selesai, mereka tidak akan mengambil makanan tersebut dan membiarkan pemilik kedai sendirian.

BACA: Kenapa Oyen “Special” Berbanding Kucing Lain? Ini Kajiannya

Ambil deposit untuk setiap pesanan

Lelaki itu turut berpesan dan menggalakkan peniaga baru untuk meletakkan deposit sebelum mengambil pesanan tidak kira sama ada 10 bungkus atau beratus-ratus sekalipun.

Ini kerana mahu mengelakkan untuk ditipu selain berlaku pembaziran makanan.

Sekiranya deposit diambil, secara tidak langsung pembuat pesanan itu akan hadir mengambil makanan tersebut.

Ujarnya lagi, walaupun tidak mempunyai hasil jualan yang banyak namun percaya kepada rezeki Allah kerana rezeki itu datang daripada-Nya.

@eddytukangmasak

cara terbaru scam kedai makan#TikTokMalaysia #jalanjalancarimakan #fyppppppppppppppppppppppp #warungnisafami #nasigorengbetiskambing #masakapahariini #jommakan #jommakan

♬ original sound – @Ceotukangmasak – @Ceotukangmasak

Sumber: @eddytukangmasak/TikTok

The post Pura-pura Jadi Pelanggan, Ini Taktik Baru “Scammer” Tipu Kedai Makan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*