Datuk Bandar Di Mexico Selamat Kahwini Buaya Bernama “Princess Girl”

Datuk bandar kahwini buaya

Datuk Bandar Di Mexico Selamat Kahwini Buaya Bernama “Princess Girl”

Seorang datuk bandar di Mexico telah selamat mengahwini seekor buaya betina dalam upacara tradisional yang dipercayai akan membawa tuah kepada rakyatnya.

Memetik Sky News, Victor Hugo Sosa telah mengahwini reptilia caiman yang dipanggil Alicia Adriana dalam sebuah upacara turun-temurun.

Haiwan itu dipanggil sebagai ‘princess girl‘ dan Datuk Bandar tersebut mengatakan bahawa mereka saling ‘menyayangi satu sama lain’.

Upacara itu dilaporkan berlaku di San Pedro Huamelula, sebuah bandar orang asli Chontal di negeri Oaxaca, selatan Mexico.

Ketika kedua pasangan itu memasuki lokasi perkahwinan tersebut, para hadirin yang menghadiri upacara itu telah bertepuk tangan dan menari gembira.

Victor Huso Sosa berkata semasa majlis perkahwinan itu: “Saya menerima tanggungjawab ini kerana kami saling menyayangi. Itu yang penting.

“Anda tidak boleh berkahwin tanpa cinta. Saya bersetuju kahwin dengan princess girl.”

Datuk bandar itu juga dilihat sempat memberikan ciuman di kepala haiwan tersebut semasa upacaya berkenaan dijalankan.

Upacara tradisi sejak 230 tahun yang lalu

Perkahwinan antara seorang lelaki dan caiman betina telah berlaku di Mexico sejak 230 tahun lalu bagi memperingati keamanan antara kumpulan pribumi Chontal dan Huave.

Datuk Bandar, yang mewakili raja Chontal mengahwini reptilia itu bagi melambangkan seorang gadis dari Huave. Perkahwinan itu dipercayai merupakan sebagai kesatuan antara dua komuniti tersebut.

Sebelum upacara, haiwan itu dibawa dari rumah ke rumah supaya penduduk tempatan boleh memegangnya dan menari.

Reptilia itu dipakaikan skirt berwarna hijau, tunik sulaman tangan berwarna-warni serta hiasan kepala seperti reben dan labuci.

Kredit Sky News

Mucung haiwan itu diikat supaya tidak berlaku sebarang kecelakaan sebelum perkahwinan tersebut dimulakan.

Haiwan itu kemudiannya dipakaikan kostum pengantin putih dan dibawa ke dewan bandar tempatan untuk memulakan majlis perkahwinan tersebut.

Kredit Sky News

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Selepas acara itu, Datuk Bandar menari bersama pengantin perempuannya itu mengikut rentak muzik tradisional masyarakat tersebut.

“Kami gembira kerana kami meraikan penyatuan dua budaya. Orang ramai berpuas hati,” kata Sosa kepada agensi berita AFP.

Sumber: Sky News

The post Datuk Bandar Di Mexico Selamat Kahwini Buaya Bernama “Princess Girl” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*