Macron Didakwa Sorok Jam Tangan ‘Mewah’ Dalam Rancangan TV

jam tangan macron

Macron Didakwa Sorok Jam Tangan ‘Mewah’ Dalam Rancangan TV

Sebuah video yang menunjukkan tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron cuba menanggalkan jam mahalnya dalam satu program temu bual menjadi viral di media sosial.

Pada awalnya, netizen mendakwa jam tangan itu merupakan jam tangan mewah yang bernilai kira-kita €80,000 (RM381,959.28).

Menurut perkongsian yang dibuat di Twitter, Macron ketika itu dikatakan sedang berbicara mengenai situasi semasa di Perancis ketika ini. Antara lain, Macron dikatakan meminta orang ramai untuk bersedia berkorban demi negara.

Bagaimanapun, mereka mendakwa, Macron mungkin menyedari jam tangan mewah tersebut mungkin boleh mengundang kecaman saat dirinya berbicara mengenai topik itu.

Oleh itu, kata netizen ia mungkin menjadi alasan yang mendorong Macron untuk menyorokkan jam tangan tersebut.

“Ketika meminta warga Perancis untuk berkorban, Macron tersedar bahawa dirinya sedang mengenakan jam tangan bernilai € 80,000 (RM381,959.28). Seperti seorang ahli silap mata, beliau dapat menghilangkan jam tersebut di bawah meja,” satu ciapan di Twitter.

Klip video tular di media sosial

Klip video berkenaan kini sudang tular di pelbagai platform media sosial seperti Twitter, Facebook dan juga TikTok.

“Ketika penampilannya di dalam rancangan televisyen, Macron menyedari bahawa dirinya memakai jam yang bernilai 80,000 Euro. Maka, beliau bertindak pantas untuk menanggalkannnya tanpa disedari orang di sekelilingnya,” salah sebuah hantaran di media sosial.

Setakat ini, pihak Newsweek tidak dapat mengesahkan nilai sebenar jam tangan tersebut seperti yang dinyatakan orang ramai.

Manakala, sebuah hantaran di  TikTok mendakwa bahawa jam yag dipakai Presiden Perancis merupakan berjenama F.P. Journe yang dikatakan bernilai mencecah $110,000 (RM487,080.00).

Walau bagaimanapun, beberapa sumber berita di Perancis menafikan dakwaan bahawa jam tersebut bernilai sehingga mencecah € 80,000.

BFMTV memutuskan bahawa jam tersebut merupakan salah satu variasi Bell and Ross V1-92 Blue Steel, yang biasanya dijual dengan tanda harga €2,400 (RM11,458.78).

Manakala Kediaman Presiden Perancis, Élysée Palace mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menanggalkan jam tangannya bukan untuk menyembunyikannya.

Beliau bertindak demikian kerana bunyi hentakan jam tangan tersebut mungkin menganggu pendengar apabila ia berlaku berdekatan dengan mikrofonnya.

“Beliau terhentak jam tangan tersebut secara kuat pada meja. Bunyi hentakan tersebut turut kedengaran jelas dalam video yang tular di media sosial.”

Kenyataan tersebut turut menafikan dakwaan bahawa harga jam tangan tersebut mencecah ratusan ribu ringgit.

”Harga jam tangan jelas tidak seperti yang didakwa. Maklumat itu (harga) terbuka kepada orang awam dan pengeluarnya, Bell and Rose berkerjasama dengan agensi kerajaan untuk menghasilkan jam tangan khas. Antaranya dengan Tentera Perancis dan GSPR (Pasukan Keselamatan Presiden Republik),” kata kenyataan itu lagi.

Klip tersebut tular ketika Paris Protest berlangsung di negara tersebut

Menurut Newsweek, klip tersebut telah tular ketika protes besar-besaran ke atas reformasi sistem persaraan yang berlaku di negara tersebut.

Dalam sesi tunjuk perasaan yang sinonim dengan nama ‘Paris Protest’, lebih daripada 450 penunjuk perasaan telah ditahan di Paris dan beberapa kawasan berlainan pada Khamis lepas.

Selain itu, terdapat lebih daripada 300 sesi tunjuk perasaan yang melibatkan kira-kira satu juta penduduk di seluruh negara.

Respons ini susulan tindakan kerajaan di bawah pimpinan Macron untuk menggunakan kuasa perlembagaan khas untuk menghalang undi parlimen berkenaan rang undang -undang yang akan meningkatkan usia persaraan minimum.

Berdasarkan rang undang-undang tersebut, usia persaraan minimum di Perancis akan dinaikkan daripada 62 tahun sehingga 64 tahun.

Tunjuk perasaan tersebut telah menarik perhatian media dan warganet daripada seluruh dunia. Ini menyebabkan beberapa respons berbentuk meme, sokongan terhadap sesi protes berlegar-legar di dalam media sosial, termasuklah beberapa maklumat tidak sahih.

@wannabe_parisian

Emily in Paris during the Paris protests. #parisprotest #emilyinparischallenge

♬ Mon Soleil (from “Emily in Paris” Soundtrack) – Ashley Park

BACA: Ini Hukum Berkerja Di Syarikat Beri Sewa Mesin Fotostat Kepada Syarikat Arak

Sumber: Newsweek

The post Macron Didakwa Sorok Jam Tangan ‘Mewah’ Dalam Rancangan TV appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*