Qodeem Buktikan Sukan “Skateboard” Boleh Jamin Masa Hadapan

sukan skateboard

Qodeem Buktikan Sukan “Skateboard” Boleh Jamin Masa Hadapan

Seiring peredaran waktu, sukan papan luncur selaju (skateboard) semakin dipandang masyarakat.

Sukan yang dahulunya dianggap tiada masa hadapan dan “menggadai” nyawa ini mula menarik perhatian penganjur-penganjur tempatan untuk mengadakan pelbagai program.

Sukan sebegini rupa kini menjadi salah satu alternatif bagi menarik minat anak-anak muda daripada terus “dijerut” ketagihan gajet yang berisiko mengurangkan potensi generasi masa kini.

Bukan sekadar menarik, sukan ini juga memberikan gaya kehidupan yang lebih sihat untuk golongan muda kerana mengeluarkan peluh malah memberikan pelbagai manfaat.

Salah seorang anak muda yang telah berkecimpung dalam dunia skateboarding ini adalah Syed Qodeem Hayyan Al-Khared Bin Syed Jamal Abdul Nasir, 23.

Menariknya, anak bongsu daripada lima adik-beradik ini berjaya membawa nama Malaysia “terbang tinggi” hingga ke peringkat global. Oleh itu, mari ikuti temu bual eksklusif Siakap Keli bersama Syed Qodeem dalam segmen Ini Kisah Aku.

Kata Syed Qodeem atau lebih mesra disapa Qodeem, dia mula menceburi bidang skateboarding ini seawal usia sekitar lapan atau sembilan tahun.

Bermula sebagai hobi mengisi waktu terluang, dia tidak menyangka bahawa sukan ini bakal menjadi titik permulaan dalam kehidupannya untuk pergi lebih jauh.

Lebih-lebih lagi, apabila dia mendapat pelawaan daripada pelbagai penaja dari dalam dan luar negara seperti Vans, HYPE dan Gatsby

Skateboarding Sukan Yang Unik

Berkongsi mengenai pencapaian tertinggi yang pernah diraih, Qodeem memberitahu pernah memenangi tempat ke keempat dalam salah satu pertandingan di Jerman.

Biarpun setiap pertandingan adalah sama namun baginya, namun pertandingan skateboard di negara Eropah merupakan platform untuknya membuktikan skateboarder dari Malaysia juga mampu bersaing.

“Bagi Qodeem, setiap pertandingan adalah sama tapi yang Qodeem rasa mencabar adalah dekat Jerman la sebab Qodeem cuba untuk bersaing.

“Kita tahu orang luar dia punyai kemahiran kadangkala tak boleh nak bersaing,” katanya.

Menerusi pertandingan ini, dia menimba sesuatu yang sangat bererti buatnya bahawa sukan ini bukanlah sekadar untuk bersaing merebut tempat pertama namun untuk “berseronok”.

Skateboarding sendiri, dia memang lain. Kalau kita pergi pertandingan luar seperti menyanyi atau bola, kita sangat kompetatif dan sombong.

“Tapi dalam skateboarding ni walaupun kita bersaing antara satu sama lain, kita masih beri semangat pada orang lain,” ujarnya.

Qodeem juga menyifatkan sukan inilah jalan yang membawanya meneroka dalam pelbagai industri baharu seperti muzik, berlakon dan rap, hanya berkenalan dengan komuniti skateboarding.

Boleh ke Skateboarding Jana Pendapatan?

anak muda sukan skateboard

 

Tambah mahasiswa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam itu, dia meraih pendapatan dalam sukan ini melalui cara memenangi pertandingan yang dianjurkan, berkolaborasi dengan jenama-jenama tempatan dan luar secara komersial sama ada berlakon atau berlakon dalam sesuatu filem mengenai skateboarding.

Katanya lagi, kadangkala dia meraih hasil dapatan daripada melakukan semakan berbayar (paid review).

“Alah, Main Sukan Ni Mesti Tiada Masa Hadapan”

anak muda sukan skateboard

Sejak di usia muda, Qodeem mula mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4 Shah Alam dan melanjutkan pelajaran di Private Islamic School Ibnu Khaldun sebelum berpindah ke sebuah sekolah menengah di Jerman selama hampir setengah tahun.

Setelah menamatkan pengajian di Jerman, Qodeem kembali semula ke Malaysia untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia juga melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dalam jurusan perakaunan di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam dan kini melangkah ke dunia Sarjana Muda Pengurusan Filem.

Bukan sekadar fasih berbahasa Inggeris, Qodeem juga mampu bertutur dalam Bahasa Jerman.

Ditanya mengenai soal pengurusan masa sebagai seorang mahasiswa, atlet skateboard, penyanyi dan artis, pergurusan masa merupakan aspek yang penting baginya.

anak muda sukan skateboard

Katanya, belajar sememangnya menjadi satu keutamaan kerana bukan mudah untuk menghabiskan satu-satu peringkat pelajaran kerana mengambil waktu yang lama dan menelan kos kewangan yang tinggi. Manakala hobinya bermain skateboard ini sebagai subkerjayanya.

Namun, sekiranya terdapat peluang besar seperti tajaan daripada jenama antarabangsa, Qodeem akan mengambil peluang tersebut kerana dia menyifatkan  ia “tidak datang dua kali” .

Meskipun pada awal perjalanannya kurang mendapat sokongan daripada ibu bapa, namun Qodem mahu membuktikan bahawa sukan ini juga mampu pergi lebih jauh dan diterima ramai.

“Secara umumnya, sasaran yang Qodeem nak kongsikan pada semua orang adalah anda boleh lakukan apa anda mahukan.

“Kamu boleh jadi apa sahaja, tetapi kamu harus tahu bagaimana cara untuk menguruskan masa.

“Sasaran saya adalah apa-apa yang terjadi, anda harus sentiasa merendah diri, sentiasa berfikiran positif kerana bagi saya, apa yang saya lakukan adalah sentiasa positif pada semua orang,” luahnya.

Nak tengok Qodeem lakukan aksi “flip”, menyanyi, bermain alat muzik dan banyak lagi, tonton video di bawah.

The post Qodeem Buktikan Sukan “Skateboard” Boleh Jamin Masa Hadapan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*