Raih “Double Treble” Bersama, Nelson San Martin Hiba Dengan Pemergian Arwah Azrai Khor

Nelson San Martin

Raih “Double Treble” Bersama, Nelson San Martin Hiba Dengan Pemergian Arwah Azrai Khor

Hari ini, dunia bola sepak tanah air dikejutkan dengan pemergian jurulatih berkaliber, Azrai Khor Abdullah.

Pemergian mengejut Allahyarham ternyata membuatkan ramai terasa dengan kehilangannya.

Lebih-lebih lagi kepada bekas anak didik yang pernah dilatihnya, terutama di zaman kegemilangan Kedah suatu ketika dahulu.

Salah seorang pemain yang mengakui merasa sangat sedih dengan pemergian jurulatih legenda itu adalah bekas penyerang Kedah, Nelson San Martin.

Menurut Nelson, beliau sudah menganggap Allahyarham Azrai sebagai ayahnya sepanjang berkelana di Malaysia.

“Hari ini, Azrai Khor yang saya anggap sebagai seorang ayah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

“Saya mengenali beliau sebagai jurulatih di peringkat awal, namun kemudian beliau menjadi seperti seorang ayah kepada saya.

“Kami sekeluarga merasa begitu sedih apabila mendapat tahu beliau pergi meninggalkan kita semua,” kata Nelson..

Dalam pada itu, Nelson sempat berkongsi coretan beliau sewaktu menjadi anak didik arwah suatu ketika dahulu

Menurut Nelson, mereka sebelum ini kerap berbalas mesej antara satu sama lain.

“Beliau seorang insan yang hebat yang menyayangi keluarganya melebihi segala-galanya.

“Beliau juga mengajar saya cara hidup, menghormati orang lain, tidak pernah berputus asa dan sentiasa akan ada jalan penyelesaian pada setiap masalah,” katanya lagi.

Menurut Nelson, mereka juga mempunyai perancangan yang hendak dilakukan sekiranya bertemu lagi selepas ini.

Selain itu, Nelson juga memberitahu bahawa beliau pernah bergurau bersama Allahyarham untuk memecahkan rekodnya sebagai jurulatih.

Namun Allahyarham membalas bahawa Nelson hanya hebat sebagai seorang pemain sahaja.

“Apabila saya melancong ke Langkawi, beliau mengalu-alukan kedatangan saya ke rumahnya. Beliau memberitahu bahawa saya sentiasa ada rumah disini, kerana kami adalah keluarga.

“Saya akan merindu beliau selamanya,” kata Nelson lagi.

Berharap dapat berada di samping Allahyarham

Nelson juga menulis bahawa dia berharap dapat berada di samping Allahyarham buat kali terakhir serta keluarga Azrai di Malaysia.

Beliau juga berharap agar dapat memberikan sokongan kepada isteri Allahyarham dan anak-anaknya yang telah kehilangan seorang figura yang hebat.

“Pemergian beliau adalah kehilangan terbesar. Semua pesanan beliau akan saya kenang sampai bila-bila,” akhiri Nelson.

Untuk maklumat, Nelson pernah membantu kelab Kedah FC menjadi juara “double treble” pada musim 2007 dan 2008 ketika pasukan itu dibimbing Allahyarham.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Facebook/Nelson San Martin

The post Raih “Double Treble” Bersama, Nelson San Martin Hiba Dengan Pemergian Arwah Azrai Khor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*