Sheikh Jassim Percaya Pasti Akan Miliki United

sheikh jassim miliki united

Sheikh Jassim Percaya Pasti Akan Miliki United

Pembida Manchester United, Sheikh Jassim Hamad Al Thani yang sebelum ini dikatakan menarik semula bidaannya sekali lagi percaya dirinya pasti memiliki kelab tersebut.

Informasi itu dimaklumkan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano dalam satu kemas kini di laman Facebook miliknya petang tadi.

“Sheikh Jassim percaya dia akan menjadi pemilik Manchester United. Bidaan tunai penuh, mahu hapuskan segala hutang dan beli saham kelab sehingga 100 peratus.

“Dia satu-satunya pembida yang menawarkan mahu membeli (saham) 100 peratus Manchester United. Pelaburan yang dibuat dianggarkan lebih USD 8 bilion,” memetik hantaran itu.

Sebelum ini, pengerusi Qatar Islamic Bank itu dikatakan telah menarik bidaannya untuk membeli kepentingan penuh gergasi Eropah berpangkalan di Manchester itu.

Dalam masa sama, jutawan Arab itu sedang ‘bersaing’ dengan seterunya dari Eropah sendiri iaitu Jim Ratcliffe, bilionair dari Britain yang turut sama mahukan kelab berkenaan.

Dalam kemas kini terkini, Fabrizio memaklumkan bahawa Ratcliffe sedang dalam proses mengetengahkan pembelian 25 peratus saham United sebagai langkah awal.

BACA JUGA: Proses Bidaan Temui Jalan Buntu, Sheikh Jassim Tak Jadi Beli Man United

Sumber: Fabrizio Romano

The post Sheikh Jassim Percaya Pasti Akan Miliki United appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*